Wednesday, September 13, 2017

Pendekatan motivasi dalam menangani tinkah laku remaja berisiko

Golongan remaja merupakan aset yang penting kepada Negara dan mereka adalah peneraju pemerintahan pada masa
akan datang. Zaman remaja juga merupakan zaman pemberontakan jiwa dan suka melakukan perkara yang baru.
Remaja adalah zaman perubahan iaitu diantara zaman kanak-kanak pada tempoh ini akan berlakunya perkembangan
spiritual, fizikal dan mental (Anuar Puteh 2001:82). Manakala menurut Fariza (2015:4) definisi remaja dari perspektif
Islam adalah sudah cukup umur atau baligh dan golongan ini sering berlaku masalah dan konflik sebab itulah punca
berlakunya tekanan emosi dan ketegangan. Menurut Azyyati (2014:37) remaja berisiko adalah remaja yang mempunyai
ketegangan jiwa apabila mereka tidak diberibimbingan yang seimbang, manakala meneurut perspektif Islam melihat
golongan ini adalah seseorang yang penuh dengan tenaga dan potensi. Remaja berisiko mempunyai kaitan dengan
proses perkembangan remaja, persekitaran yang negatif, dan sikap keluarga yang tidak memberi perhatian kepada
remaja serta masyarakat disekeliling mempengaruhi perlakuan bermasalah dalam kalangan remaja (Azyyati Mohd
Nazim 2014).
Psikologi dakwah pula berasal dari kata dakwah iaitu proses seruan atau ajakan, mengajak mad’u dari pelbagai
peringkat kearah kebaikan, kemahiran psikologi pula adalah proses untuk memahami kejiwaan manusia adalah suatu
kemahiran dalam ilmu dakwah (Fariza, 2015). Ilmu psikologi dakwah adalah suatu ilmu yang mengkaji jiwa manusia
untuk tujuan berdakwah (Abd Aziz, 1999).
Kajian tinjauan ini melibatkan 73 orang pelajar Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar, Butterworth – Pulau Pinang
Malaysia. Sekolah Tunas Bakti merupakan Institut pemulihan akhlak bagi kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah
dan tidak dapat dikawal, kemasukan mereka di sekolah ini berdasarkan perintah mahkamah dibawah Seksyen 65 (1)
Akta kanak-kanak 2001. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk melihat latar belakang remaja berisiko, bentuk
tingkah laku remaja serta pendekatan motivasi kepada remaja berisiko. Soal selidik ini juga telah diadaptasi berdasarkan
soal selidik kajian Azzyati Mohd Nazim melalui kajiannya berkaitan Peranan NGO Wanita Islam Dalam Menangani
Remaja berisiko di Kuala Terengganu (2014) serta soal selidik Zaleha (2014) yang bertajuk “bentuk-bentuk gaya hidup
remaja di bandar baru permas jaya Johor Bahru, Malaysia” dan soal selidik kajian Yansari Yusof (2015) berdasarkan
kajiannya yang bertajuk Menangani tekanan melalui psikoterapi Islam dalam kalangan pelajar Fakulti pengajian Islam
UKM. Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu demografi, bentuk tingkah laku remaja, dan pendekatan
motivasi. Soal selidik yang digunakan telah diuji melalui ujian kesahan kandungan, kesahan dan kajian rintis telah
dilakukan terhadap 30 orang responden remaja yang berumur 16 hingga 22 tahun yang menyertai program Youth
bertempat dikem iM4U Meru Klang. Nilai Alpha Cronbach bagi kesemua bahagian menunjukkan nilai 0.95 keatas
adalah baik dan diterima, persampelan kajian telah dilakukan secara rawak.

Analisis deskriptif jadual 2 menunjukkan kesemua responden adalah remaja lelaki kerana sekolah Tunas Bakti hanya
pelajar lelaki sahaja. Manakala dari segi umur responden 12 hingga 14 tahun (2.7%) adalah sedikit jumlahnya, diikuti
responden yang berumur 15 hingga 17 tahun (52.1%) dan yang berumur 18 hingga 20 tahun (39.7%), hal ini
menunjukkan lingkungan umur 15 hingg 17 tahun mendominasi institut pemulihan ini, kajian ini selari dengan kajian
kajian Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan (2011:126) berkaitan faktor remaja yang terlibat dengan
masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh Melaka hasil kajian mendapati majoriti remaja yang berumur15
hingga 17 tahun seramai 57 orang daripada 86 orang responden yang terlibat dengan masalah sosial.Pada usia begini
merupa zaman perkembangan yang paling kritikal bagi seseorang remaja untuk mengendalikan hidupnya (Hairunnaja
Najmuddin 2003:3).
Selain itu,majoriti responden kajian ini adalah remaja berbangsa Melayu menunjukkan peratusan yang tertinggi
berbanding bangsa lain iaitu seramai (94.5%) orang,manakala bangsa India (4.1%) orang dan bangsa cina (1.4%), hasil
kajian ini selari dengan hasil kajian yang telah dilakukan oleh Rozmi Ismail & Norhayati Ibrahim (2007) iaitu
keseluruhan responden remaja rempit adalah remaja berbangsa Melayu.

No comments:

Post a Comment