Wednesday, September 13, 2017

Bab 10 (Sintaksis:Ragam Ayat(Ayat Pasif)

Apa itu ragam ayat?

Ragam=laku,jenis,tingkah
Ayat=Satu perkataan atau
Ayat=Serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa maksud sesuatu

Bab 14 (Bentuk komunikasi di khalayak)


  1. Pidato
  2. Perbahasan
  3. Forum
  4. Ucapan
  5. Temuramah
  6. Pengacaraan majlis
  7. Taklimat
  8. Pengendalian mesyuarat
  9. Ulasan dan komentar
Pidato/syarahan

  • Penyucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untuk menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.
  • Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan.
Aspek-aspek penting dalam penyampaian syarahan yang berkesan

Kelancaran
  1. Berkeyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan yang sedia ada.
  2. Elak menggunakan wacana seperti 'eh','em' atau 'ya'.
  3. Sampaikan syarahan mengikut tempoh sederhana elakkan terlalu laju atau perlahan.

Bab 12 & 13 (Bentuk dan jenis kesantunan)

Kesantunan bahasa?
Ialah sopan, halus, beradap.

Konsep kesantunan

  • Kesantunan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan.
  • Merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata ketika bertegur sapa, nada, gerak laku dan gaya yang digunakan semasa berkomunikasi.

Bab 11 (Laras Bahasa)

Definisi laras bahasa

  • Gaya atau penggunaan sesuatu bahasa
  • Gaya menunjuj kepada pelisanan dan penulisan
  • Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengan, situasi, topik dan tujuan perbincangan.

Bab 8 & 9 (Ragam Ayat)

Ayat aktif dan ayat pasif


  1. Ayat aktif
  • Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal dan mempunyai kata kerja berimbuhan awalan me-, men-, mem-, meng-, menge-.
Contoh ah seng mengecat dinding rumah

Subjek asal=ah seng  kata kerja=mengecat

 2. Ayat pasif
  • Ayat pasif ialah ayat mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan yang menggunakan imbuhan di-.
Contoh: dinding dicat oleh ah seng

Objek asal=dinding.   Kata kerja=dicat

Bab 7 (Sistem Tatabahasa)

Sintaksis

Definasi sintaksis

  • Bidang kajian tentang prinsip dan proses pembinaan ayat dalam bahasa tertentu. Prinsip bermaksud aturan atau rumua yang memungkinkan berlakunya pembinaan ayat. Dalam tatatingkat tatabahasa, sintaksis menggarapkan: frasa, klausa dan ayat.
Tatabahasa
  • Peraturan tentang pembentukan ayat dan penggabungkan kata dengan kata lain untuk menghasilkan ayat yang gramatis.
Definisi ayat
  • Unit yang paling tinggi dalam tatatingkat tatabahasa. Ayat diucap dengan dimulai kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan. Ayat diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat mengandungi subjek dan predikat.

Bab 6 (Pembentukan kata nama bahasa melayu)

Kata nama tunggal

  1. Ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak mengalami pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan.
  2. Contohnya:dunia, zoo, wanita, kampung.                                                                            Bentuk kata akronim
  • Tergolong dalam kata tunggal
  • Akronim boleh ditulis dalam 3cara
Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata
  1. ABIM-Angkatan Belia Islam Malaysia
  2. IKIM-Institut Kemahiran Islam Malaysia

Bab 5 (Proses Pembentukkan Kata)

  1. Kata terbitan
  2. Kata majmuk
  3. Kata Ganda
Proses Pengimbuhan
  • Proses merangkaikan kata dasar untuk terbitan perkataan berlainan makna dan fungsi nahunya.
4 Jenis Imbuhan
  1. Awalan
  2. Apitan
  3. Akhiran
  4. Sisipan

Bab 4 (Proses Pembentukkan Kata)

Peristilahan kata umum Bahasa Melayu
  • mana-mana kata umum dalam bahasa melayu dari dielek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat:
  1. Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses , keadaan, atau ciri yang dimaksudkan.
  2. Kata yang dipilih adalah yang paling singkat. contohnya:
  • hospital dan rumah sakit, diplih hospital
  • fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi
UNSUR DAN PROSES TATABAHASA DALAM PERISTILAHAN

  1. Penggunaan kata akar atau bebas
  • Istilah dapat dibentuk  daripada kata akar. contohnya: gaya, sudut, kaji, tumpuk, watt, asid.
     2. Proses pengimbuhan
  • Susunan itu hendaklah dimanfaatkan dalam pembentukkan istilah  yang berbeza-beza.contohnya; tani...petani...pertanian.
     3. Proses penggandaan
  • Istilah yang mengungkapkan konsep keanekaan, kemiripan , kumpulan , atau ketajaman dapat dibentuk dengan penggandaan.  contoh: kacang kacang-kacang
     4. Proses Penggabungan
  • Istilah yang berupa gabungan kata sedapat-dapatnya berbentuk singkat. contohnya: meja tulis, kerjasama, kapal korek.

Cara mengatasi pengangguran

Setakat Jun 2015 dianggarkan Malaysia mempunyai 14.7 juta tenaga kerja dengan lebih 400,000 orang termasuk dalam golongan mencari pekerjaan pada setiap masa atau menganggur.
Seramai 107,000 orang daripada jumlah penganggur itu pula terdiri daripada graduan lepasan diploma, ijazah dan ke atas. Dengan istilah lain, kadar pengangguran di Malaysia berada pada paras 3.2 peratus daripada jumlah tenaga buruh.
Tersentak dengan jumlah berkenaan? Jika kini jumlah itu dilihat agak tinggi, bagaimana pula keadaannya pada tahun-tahun akan datang? Ini kerana setiap tahun, universiti awam mahupun swasta kita melahirkan ramai graduan. Bagaimanapun, pada ketika ini, itu adalah hakikat yang perlu diterima.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, walaupun kadar pengangguran itu belum dikategorikan sebagai membimbangkan, Kerajaan tetap berkewajipan untuk mencari langkah bersesuaian bagi menangani masalah pengangguran.
Maka, lahirlah program dan skim latihan pekerjaan untuk golongan terbabit seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), iaitu satu projek tanggungjawab korporat sosial (CSR) bagi meningkatkan kebolehpasaran dan keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan.
“Kita mahu membantu mereka seramai mana yang kita boleh dan dengan menyediakan pelbagai latihan bermanfaat terkandung di dalam SL1M, ia dirasakan amat bertepatan.
“Selain itu, dalam hal ini juga, menjadi keperluan pihak industri dan majikan untuk membantu Kerajaan menyediakan tempat dan peluang pekerjaan kepada golongan muda yang menganggur,” katanya.
Menurutnya, Kerajaan mensasarkan untuk melahirkan seramai 15,000 pelatih SL1M menjelang 2016 berbanding 10,000 tahun ini.
Statistik menunjukkan, setakat ini, sebanyak 210 syarikat swasta dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang menyertai SL1M terus komited dan pihaknya yakin jumlah itu dapat ditingkatkan lagi menerusi semasa ke semasa dalam membantu meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui Program SLIM yang dijalankan oleh syarikat masing-masing.
“Kami sentiasa mengalu-alukan syarikat sama ada di bandar mahupun luar bandar yang ingin terbabit sama dalam program SL1M sebagai komitmen menyokong agenda pembangunan modal insan yang berdaya saing.
“Program latihan seperti ini bukan saja dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan, tetapi juga meningkatkan bilangan graduan yang mempunyai pengalaman alam pekerjaan yang sebenar.
“Malah, menerusi pengalaman saya berjumpa dengan peserta, mereka berubah menjadi lebih baik dari segi pertuturan, penampilan mereka dan amat berkeyakinan tinggi apabila berhadapan dengan orang ramai selepas menyertai program ini,” katanya.
Sejak 2011 hingga kini, seramai 70,000 graduan di seluruh negara dibantu SL1M dan daripada jumlah itu, seramai 26,140 graduan dibantu secara terus menerusi program SL1M yang dijalankan oleh syarikat, manakala graduan selebihnya dibantu secara tidak langsung menerusi ‘Program Outreach’ SL1M yang dijalankan di seluruh negara.
Program SL1M dikelolakan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri melalui kerjasama dan komitmen daripada GLC dan syarikat swasta seluruh negara. Fokus utama program ini adalah graduan ijazah sarjana muda dan ke atas yang belum mendapat pekerjaan, berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar.
Peserta akan dilatih firma yang ambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan mendapat pekerjaan di syarikat berkenaan, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan prestasi peserta.
Peserta atau graduan terbabit juga diberi pendedahan serta pengalaman kerja sebenar di syarikat yang terdiri daripada pelbagai sektor di seluruh negara. Pasukan petugas tentu boleh menambah baik aplikasi konsep atau pendekatan ini bagi membantu graduan lebih mudah mendapat pekerjaan.
Buktinya, SL1M mendapat sambutan dan penyertaan menggalakkan daripada GLC dan syarikat swasta serta graduan sejak dilancarkan pada 1 Jun 2011.
Antara faedah yang diperoleh graduan melalui latihan kebolehpasaran oleh pihak syarikat terbabit adalah mereka mendapat pendedahan dan pengalaman bekerja di syarikat terdiri daripada pelbagai sektor, menerima latihan kemahiran insaniah (komunikasi, pemikiran kreatif dan analitik, etiket, dandanan dan sebagainya), latihan pekerjaan (maksimum hingga 12 bulan) dan elaun bulanan minimum RM1,000.
Bagi syarikat yang menyertai program ini pula, Kerajaan memperkenalkan beberapa insentif untuk menghargai kerjasama dan sokongan yang diberikan. Antaranya, insentif potongan cukai berganda iaitu potongan dua kali melalui kaedah cukai pendapatan dan skim levi caruman HRDF.
Sementara itu, Ketua Sekretariat SL1M, Norashikin Ismail berkata, berdasarkan banyak kajian dilakukan pihak universiti dan agensi pekerjaan, antara faktor pengangguran adalah sikap penganggur yang memilih pekerjaan selain cerewet dengan tawaran gaji.
Bagi golongan graduan pula, antara punca pengangguran adalah kelulusan dimiliki tidak menepati pasaran pekerjaan, tidak memenuhi kehendak majikan atau hanya lulus ‘cukup makan’, kurang keyakinan diri, lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris, kurang kemahiran berkomunikasi dengan baik dan sebagainya.
“Oleh itu, kita mahu sampaikan mesej kepada semua bahawa SL1M ini bagaikan peluang kedua kepada mereka untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan.
“Program ini dilaksanakan atas dasar CSR dan juga amal jariah syarikat yang menyertai bagi membantu ramai graduan terutamanya graduan yang berasal dari kawasan pedalaman dan berpendapatan rendah meningkatkan kebolehpasaran mereka sekali gus turut meningkatkan ekonomi keluarga,” katanya.
“Saya juga amat mengalu-alukan penyertaan lebih banyak lagi GLC, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta syarikat swasta Malaysia ke dalam SL1M,” kata Norashikin.

Usaha yang dilakukan untuk mengatasi pengangguran

Pengangguran merupakan masalah yang penting untuk diatasi dengan tepat. Terdapat beberapa solusi menurut kajian ilmu ekonomi dalam upaya mengatasi pengangguran.

Solusi yang dapat ditempuh disesuaikan dengan jenis pengangguran itu sendiri. Seperti kita ketahui dalam pembahasan sebelumnya tentang jenis-jenis penggangguran ada beberapa diantaranya struktural,konjungtural (siklikal), friksional serta pengangguran musiman. Masing-masing jenis pengangguran mempunyai solusi pemecahan yang berbeda juga, seperti apa solusinya?  Silahkan simak pembahasan berikut ini.

Cara Mengatasi Pengangguran Musiman

Pengangguran musiman adalah pengangguran yang diakibatkan oleh adanya musim yang mengalami perubahan atau dapat juga diakibatkan oleh adanya perubahan permintaan tenaga kerja yang terjadi secara berkala. Beberapa cara untuk mengatasi pengangguran musiman adalah sebagai berikut:

  • Memberikan informasi dengan cepat apabila tersedia lowongan kerja di bidang lain.
  • Berusaha memberikan beberapa pelatihan keterampilan diluar keahlian yang sudah dimiliki para penganggur misalnya keterampilan menjahit, keterampilan menyablon, mengelas dan keterampilan membordir.

Dengan pemberian keterampilan tersebut diharapkan para penganggur dapat bekerja sambil menunggu tibanya musim tertentu.

Cara Mengatasi Pengangguran Struktural

cara mengatasi pengangguran
Pengangguran struktural merupakan pengangguran yang akibat terjadinya perubahan struktur ekonomi dalam negara tersebut, Contonya perubahan struktur dari agraris berubah menjadi industri. Upaya yang dapat dilakukan dalam rangka mengatasi pengangguran jenis ini antar lain sebagai berikut:

  1. Memberikan pendidikan dan pelatihan untuk para tenaga kerja yang menganggur agar dapat segera bekerja sesuai kemampuan yang disyaratkan.
  2. Mengusahakan pendirian industri dan proyek-proyek padat karya untuk memberi pekerjaan kepada para tenaga kerja yang mengangur.
  3. Memindahkan tenaga kerja yang mengganggur ke daerah yang lebih membutuhkan.
  4. Berusaha melakukan usaha untuk meningkatkan mobilitas (perputaran) modal dan tenaga kerja dengan tujuan dapat menyerap para penganggur.
  5. Melakukan sosialisasi kepada masyarakat tentang arti penting penguasaan teknologi modern agar dapat menyesuaikan diri terhadap perubahan struktur ekonomi.

Cara Mengatasi Pengangguran Friksional


Pengangguran friksional merupakan pengangguran yang diakibatkan oleh adanya keinginan pekerja untuk pindah dari pekerjaannya dalam rangka mencari pekerjaan lain yang lebih mensejahterakan dan sesuai. Salah satu cara yang dapat dilakukan untuk menangani pengangguran ini  adalah dengan menyediakan sarana-sarana informasi terkait lowongan pekerjaan secara cepat, mudah dan terjangkau harganya kepada para pencari kerja. Contohnya, dengan menempelkan beberapa iklan lowongan pekerjaan di beberapa tempat umum yang dilakukan dengan rutin.

Cara Mengatasi Pengangguran Konjungtural atau Siklikal

Pengangguran konjungtural merupakan pengangguran yang diakibatkan oleh naik turunnya kegiatan perekonomian sehingga mengakibatkan turunnya daya beli masyarakat dan berujung pada turunnya permintaan terhadap barang dan jasa.
Cara yang tepat dalam mengatasi pengangguran jenis ini adalah sebagai berikut:
  • Berusaha mengarahkan masyarakat negara tersebut  agar menggunakan pendapatan yang dimilikinya untuk mengkonsumsi barang atau jasa dengan harapan permintaan terhadap barang dan jasa dapat meningkat.
  • Berusaha untuk meningkatkan daya beli masyarakat dengan cara membuka proyek-proyek pemerintah.
  • Menciptakan beberapa teknik dalam pemasaran dan promosi semenarik mungkin agar  masyarakat berminat untuk membelanjakan pendapatanya.

Cara mengatasi pengangguran secara umum

1.         Memperluas kesempatan kerja
Menurut Soemitro Djojohadikusumo, kesempatan kerja dapat diperluas dengan dua cara, yaitu:
a.       Pengembangan  industri, terutama jenis industri yang bersifat padat karya (yang dapat menyerap relatif banyak tenaga kerja);
b.      Melalui berbagai proyek pekerjaan umum, seperti pembuatan jalan, saluran air, bendungan dan jembatan.
2.         Menurunkan jumlah angkatan kerja
Ada beberapa cara yang dapat dilakukan untuk menurunkan jumlah angkatan kerja, misalnya  program  keluarga  berencana,  program  wajib  belajar  dan  adanya pembatasan usia kerja minimum.
3.         Meningkatkan kualitas kerja  dari tenaga  kerja yang  ada, sehingga mampu menyesuaikan diri dengan tuntutan keadaan. Banyak cara yang bisa dilakukan, seperti melanjutkan sekolah ke jenjang yang lebih tinggi, kursus, balai latihan kerja, mengikuti seminar dan yang lainnya.

Untuk itu perlu diupayakan cara mengatasi pengangguran, antara lain sebagai berikut:
a.       Meningkatkan mutu pendidikan,
b.      Meningkatkan latihan kerja untuk memenuhi kebutuhan keterampilan sesuai tuntutan industri modern,
c.       Meningkatkan dan mendorong kewiraswastaan,
d.      Mendorong terbukanya kesempatan usaha-usaha informal,
e.       Meningkatkan pembangunan dengan sistem padat karya,
f.       Membuka kesempatan kerja ke luar negeri.

Adanya bermacam-macam pengangguran membutuh-kan cara-cara mengatasinya yang disesuaikan dengan jenis pengangguran yang terjadi, yaitu sbb :

1.      Cara mengatasi pengangguran structural
Untuk mengatasi pengangguran jenis ini, cara yang digunakan adalah :
·         Peningkatan mobilitas modal dan tenaga kerja
·         Segera memindahkan kelebihan tenaga kerja dari tempat dan sektor yang kelebihan ke tempat dan sektor ekonomi yang kekurangan
·         Mengadakan  pelatihan  tenaga  kerja  untuk  mengisi  formasi kesempatan (lowongan) kerja yang kosong, dan
·         Segera mendirikan industri padat karya di wilayah yang mengalami pengangguran.

2.      Cara mengatasi pengangguran friksional
Untuk mengatasi pengangguran secara umum antara lain dapat digunakan cara-cara sbb:
·         Perluasan kesempatan kerja dengan cara mendirikan industri- industri baru, terutama yang bersifat padat karya
·         Deregulasi  dan  debirokratisasi  di  berbagai  bidang  industri  untuk merangsang timbulnya investasi baru
·         Menggalakkan pengembangan sektor informal, seperti home industry
·         Menggalakkan program transmigrasi untuk menyerap tenaga kerja di sektor agraris dan sektor formal lainnya.
·         Pembukaan  proyek-  proyek  umum  oleh  pemerintah,  seperti pembangunan jembatan, jalan raya, pltu, plta, sehingga bisa menyerap tenaga kerja secara langsung maupun untuk merangsang investasi baru dari kalangan swasta.

3.      Cara mengatasi pengangguran musiman :
Jenis pengangguran ini bisa diatasi dengan cara :
·         Pemberian informasi cepat jika ada lowongan kerja di sektor lain, dan
·         Melakukan pelatihan di bidang ketrampilan lain untuk memanfaatkan waktu ketika menunggu musim tertentu.

4.      Cara mengatasi pengangguran siklus :
Untuk mengatasi pengangguran jenis ini adalah :
·         Mengarahkan permintaan masyarakat terhadap barang dan jasa, dan
·         Meningkatkan daya beli masyarakat.

Punca-punca dan cara-cara mengatasi pengangguran

Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga.

Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya.

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang medorong isu ini berlaku.

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangn kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.

Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar.

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan petrumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai.

Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan atu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak.

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.

Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”

Langkah-langkah mengatasi isu pengangguran

Kegawatan ekonomi menyebabkan jumlah penganggur di negara ini meningkat dengan begitu ketara sekali sehingga menimbulkan kebimbangan semua pihak. Jumlah penganggur yang tinggi membuktikan kegagalan pihak kerajaan untuk mengatasi kemelut yang melanda ekonomi negara kerana terlalu bergantung kepada perkembangan ekonomi negara luar seperti Amerika Syarikat. Pihak media massa turut menyiarkan program yang menceritakan pengalaman penganggur untuk berjaya dalam hidup menjadi bukti bahawa polemik pengangguran di negara ini mula menjadi isu politik juga. Sebenarnya, ada banyak langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah pengangguran ini jika mereka mahu bertindak.
Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni menelan berbilion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan dijalankan secara serentak. Apabila semua projek pembangunan dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan.
Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan pemberian bebas cukai kepada industri yang tidak membuang pekerjanya. Pelbagai insentif ini mampu menguatkan semangat kepada ahli perniagaan untuk mencuba melakukan sesuatu yang baru dalam perniagaannya dan juga mengharungi cabaran kegawatan ekonomi dengan lebih terbuka dan rasional kerana menyedari bahawa pihak kerajaan berusaha untuk menyelamatkan mereka juga. Semua idea baru yang diperkenalkan sudah pasti mampu memberikan suntikan kepada ahli perniagaan untuk meneruskan kerja mereka tanpa perlu membuang pekerja sebaliknya mereka mungkin memerlukan lebih ramai pekerja untuk mengambil kesempatan yang wujud itu. Maka, kerajaan perlu memberikan idea-idea baru yang mampu memudahkan ahli perniagaan untuk menjalankan peranan mereka dengan lebih efektif.
Selain itu, usaha untuk memperkenalkan negara harus ditingkatkan oleh kerajaan menerusi pameran dan kunjungan rombongan ekonomi ke negara-negara lain. Lawatan sebegini menyebabkan lebih banyak negara luar menyedari kelebihan dan kepentingan mendirikan perniagaan di Malaysia berdasarkan maklumat yang tepat diperoleh daripada ahli-ahli rombongan ini. Kemasukan lebih banyak model asing ke negara ini sudah pasti mampu menjana lebih banyak aktiviti ekonomi bersama-sama dengan pakej ekonomi yang sebelum ini ditawarkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi. Hal ini membuktikan bahawa usaha memperkenalkan negara ke mata dunia amat penting terutama jika semua rombongan ini digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak hanya sebagai satu lawatan sahaja.
Pihak swasta pula terutama ahli perniagaan turut mempunyai peranan tersendiri yakni mereka perlu sanggup berkorban ketika negara mengalami masalah kegawatan ekonomi ini. Pengorbanan mereka itu boleh dijelmakan dalam bentuk mengurangkan gaji atau ganjaran buat mereka dalam bentuk bonus dan sebagainya supaya wang itu boleh digunakan untuk memastikan syarikat terus wujud lalu tidak membuang pekerja yang boleh menambahkan jumlah pengangguran. Kehidupan mereka yang sudah lama hidup mewah perlu dikorbankan demi kemajuan negara pada masa hadapan kerana jika mereka masih mengaut keuntungan menerusi gaji dan bonus yang tinggi sudah pasti syarikat mereka akan kekurangan sumber kewangan untuk mengharungi zaman kemelesetan ini. Oleh itu, pihak swasta harus juga memikirkan orang lain dan tidak hanya mamu menyelamatkan diri mereka sahaja dalam kegawatan sebegini.
Manakala pihak individu pula harus lebih positif mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan cuba meningkatkan lagi kemahiran diri mereka seperti menyambung belajar, mengambil kursus jangka pendek dan meningkatkan prestasi diri. Sikap suka meningkatkan kebolehan diri memastikan seseorang pekerja itu terus dihargai oleh syarikat dan kemungkinan untuk dibuang kerja amat tipis. Malah, jika mereka dibuang kerja pun, golongan yang positif seperti ini akan mudah menerima kerja baru kerana mereka memiliki kemahiran lain yang sudah pasti diperlukan oleh syarikat lain pula atau mungkin mereka boleh bekerja sendiri berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini. Lantaran itu, semua orang harus melihat pendidikan sebagai satu proses jangka masa panjang dalam hidup seseorang itu dan tidak menganggap pelajaran tamat selepas meninggalkan bangku sekolah sahaja.
Kesimpulannya, masalah pengangguran ini memang boleh mencetuskan ketidakstabilan jika negara gagal mengawalnya dengan baik berdasarkan pengalaman negara-negara jiran kita terutama di Indonesia. Pihak kerajaan bersama-sama swasta perlu menyedari betapa pentingnya sikap bekerjasama untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa yang terdekat ini. Tanpa kerjasama masalah ekonomi akan terus wujud lalu menimbulkan banyak masalah kepada rakyat untuk mencari peluang kerja yang baik terutama golongan muda yang baru sahaja keluar dari sekolah.

Cara mengatasi stres dan tekanan

Tekanan atau stress memang terjadi dalam kalangan manusia. Palbagai faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan seperti masalah percintaan, keluarga, rakan-rakan, kerja dan sebagainya. Jika anda inginkan kehidupan yang gembira, anda haruslah bijak mengatasi perasaan tersebut.
Berikut merupakan panduan mengatasi tekanan iaitu:
  • Jangan tinggal solat – Sebagai seorang umat islam, kita hendaklah melakukan perkara yang wajib dilaksanakan dan meninggalkan perkara yang salah. Dirikan lah solat lima waktu dan tingkatkan ibadah sunat akan membuat hati menjadi lebih tenang. Berdoa lah kepada Tuhan agar diberikan petunjuk dan masalah duniawi dapat diselesaikan dengan baik.
  • Positif – Semua orang senang untuk mengatakan “saya seorang yang positif” tapi sebenarnya susah hendak dilakukan. Untuk menjadi seorang yang positif, kita hendaklah kuatkan semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Fikirlah yang baik dan jadikan lah diri kita sebagai seorang yang berani menerima dan mahu mengubah untuk menjadi lebih baik. Tambahan lagi, tiada siapa yang dapat mengubah diri anda selain daripada kemahuan anda sendiri.
  • Kawal emosi – Biasanya, tekanan akan menyebabkan mood menjadi tidak menentu. Adakalanya anda bermasam muka dan ada masanya anda akan marah secara tiba-tiba. Situasi tersebut adalah bergantung apa yang kita hadapi dan alami. Namun, semua itu tidak akan menyelesaikan masalah oleh itu adalah lebih baik jika kita mengawal emosi agar diri menjadi lebih tenang dan tidak mengikut perasaan.
  • Ambil masa anda – Luangkan masa untuk bersendirian dan tenangkan fikiran anda yang sedang bercelaru tersebut. Anda boleh pergi ke tempat yang anda rasa boleh menenangkan fikiran anda disamping mencari penyelesaian terhadap situasi yang berlaku. Dengan bersendirian anda mampu berfikir dengan lebih baik dan mengurangkan perasaan tekanan tersebut.
  • Luangkan masa dengan keluarga dan rakan anda – Ketika menghadapi tekanan, keluarga adalah penyembuh utama segala kedukaan di hati kita. Keluarga sentiasa ada di sisi kita ketika susah dan senang oleh itu bersama mereka adalah sesuatu yang membahagiakan dan mengembirakan. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa bersama rakan anda seperti beriadah dan makan malam bersama. Dengan itu, hati akan menjadi lebih ceria dari sebelumnya.
Diharap melalui panduan yang diberikan, kita dapat bersabar dan tabah dengan apa sahaja masalah yang di alami. Jangan mudah putus asa dan elakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik ketika menghadapi tekanan.
Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk mengatasi masalah stress atau tekanan, namun pastikan ia adalah cara yang baik dan tidak memudaratkan diri sendiri.

Kesan stres dalam kehidupan

Stres atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap sesuatu perubahan yang dialami. Stres merangkumi tekanan, beban, keletihan, ketegangan, konflik, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan (depresi), tidak bermaya dan hilang daya cita.
Secara amnya, stres (tekanan) boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu stres akut (jangka pendek) dan stres kronik (jangka panjang).
Stres akut (stres jangka pendek) ialah tindak balas spontan badan terhadap apa-apa keadaan yang mencabar, menakutkan atau bahaya. Tahap stres ini pula bergantung kepada beberapa faktor seperti keterukan stres tersebut, tempoh stres yang dialami, dan cara individu menangani stres tersebut. Stres jangka pendek ini boleh sembuh dengan segera sekiranya faktor penyebab kepada stres tersebut dapat ditangani dengan baik. Stres jenis ini selalunya menunjukkan tanda-tanda masalah sakit jantung atau denyutan jantung tak normal.
Stres kronik (stres jangka panjang) ini selalunya dialami oleh orang yang stres berpanjangan atau dalam tempoh yang lama. Stres seperti ini disebabkan masalah penyakit kronik atau masalah yang berpanjangan sehingga menyebabkan sakit jantung yang dihidapi bertambah teruk.
Apakah akibat atau kesan stres kepada tubuh badan, mental dan minda seseorang?
Kesan stres jangka pendek terhadap badan ditunjukkan melalui tanda-tanda berikut, di antaranya:
* Denyutan jantung yang cepat
* Sakit kepala/migrain
* Rasa tegang atau ketat di tengkuk dan bahu
* Sakit belakang
* Bernafas cepat
* Badan dan tapak tangan berpeluh
* Sakit perut, mual atau cirit birit
Jika dibiarkan stres tanpa ditangani dan dirawat dengan baik, ia boleh memberi kesan lebih besar dan mempengaruhi sistem badan, termasuklah:
1. Sistem imun
Stres menyebabkan badan menjadi lemah dan mudah mendapat serangan penyakit. Namun begitu, sedikit stres ada kalanya memberi faedah kerana ia dapat melonjakkan sistem imun bagi melawan jangkitan penyakit. Stres yang berpanjangan pula akan memperlahankan penyembuhan seperti luka, dan lain-lain serta menyebabkan penyakit kulit (eczema) bertambah teruk.
2. Jantung (Kardio-vaskular)
Stres berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, denyutan jantung tak normal (arrhythmin), masalah darah beku, arteri mengeras (atherosclerosis), penyakit arteri koronari, serangan sakit jantung, dan jantung gagal berfungsi.
Bagi stres akut, berjalan sedikitpun boleh menyebabkan denyutan jantung bertambah cepat dan tekanan darah pun naik. Stres kronik boleh menyebabkan arteri menjadi sempit, paras kolesterol meningkat, juga meningkatkan risiko penyakit jantung, serangan sakit jantung atau strok.
3. Otot
Ketegangan stres yang berterusan akan merebak ke tengkuk, bahu dan sakit belakang bawah. Otot terasa cekang atau tegang di tengkuk yang boleh menyebabkan sakit kepala, di bahu dan di belakang. Stres juga akan menyebabkan sakit rheumatoid arthritis bertambah teruk.
4. Sistem penghadaman
Stres menyebabkan penyakit berkaitan perut yang sedia ada akan bertambah teruk. Stres juga akan menyebabkan mulut kering, makanan tidak hadam, mual, perut berangin, cirit-birit atau sembelit.
5. Organ pembiakan
Stres boleh memanjangkan atau memendekkan kitar haid atau mengalami senggugut semasa haid. Stres juga dikaitkan dengan kurang subur (fertiliti rendah), masalah lemah tenaga batin, masalah semasa hamil, dan lain-lain yang berkaitan. Wanita hamil yang mengalami stres yang tinggi boleh menyebabkan anak yang bakal dilahirkan berisiko mendapat asthma atau alergi.
6. Sistem pernafasan
Stres akan menunjukkan simptom asthma dan masalah paru-paru yang lain. Semasa stres, seseorang itu akan bernafas cepat sehingga terasa sesak nafas. Jika berterusan, ia boleh menyebabkan paru-paru mudah mendapat penyakit berjangkit.
7. Sistem saraf
Apabila stres, saraf simpatetik otak memberi isyarat kepada kelenjar adrenal supaya merembeskan hormon-hormon, termasuklah hormon epinefrin. Jika pengeluaran hormon ini sentiasa pada paras yang tinggi, ia boleh memberi kesan kepada ingatan dan keupayaan belajar, serta menyebabkan kemurungan (depresi).
8. Sistem endokrina
Hormon stres akan menggalakkan hati (hepa) menghasilkan lebih banyak gula dalam darah. Jika berterusan, akhirnya seseorang itu berisiko mendapat penyakit diabetes Type-2.
9. Kulit
Stres menyebabkan jerawat tumbuh atau jerawat dan kurap yang sedia ada menjadi semakin teruk.
Di antara kesan stres ke atas fikiran (mental) dan emosi ialah:
1. Emosi menjadi tidak stabil dan tidak mampu menyelesaikan masalah, walaupun masalah yang kecil saja.
2. Rasa kecewa, cepat naik darah dan baran sehingga ke tahap menjerit-jerit.
3. Rasa letih sepanjang masa.
4. Sukar fokus terhadap kerja yang dilakukan.
5. Mudah dan terlalu risau walaupun perkara-perkara kecil.
6. Rasa cemas kerana terasa-rasa ada kerja yang belum sempat diselesaikan.
7. Sering berimaginasi perkara-perkara buruk akan berlaku.

Stres dalam kalangan pelajar

Stres merupakan satu pengalaman atau kejadian yang sering dialami oleh seseorang individu.
Stres boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti seharian.
Lessard (1998) mendapati bahawa stres bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, malahan
turut dialami oleh pelajar universiti. Ini kerana universiti merupakan persekitaran unik yang
seringkali menuntut pelajar menyeimbangkan pelbagai peranan dan tugas yang perlu
dilaksanakan oleh mereka. Sekiranya tidak berjaya, mereka akan mudah mengalami stres.
Justeru, fenomena stres di kalangan pelajar universiti merupakan satu topik yang sering
menjadi bahan kajian kebanyakan pengkaji.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami stres. Pelajar
universiti pada awal tahun pengajian, misalnya amat mudah terdedah kepada stres disebabkan
oleh proses transisi kehidupan mereka di universiti (Towbes dan Cohen, 1996). Senario ini
dapat dilihat apabila terdapat sesetengah golongan pelajar yang menunjukkan kecemerlangan
akademik di peringkat persekolahan tetapi tidak dapat mengekalkan pencapaian yang baik
apabila berada di universiti. Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan akademik
telah memberikan tekanan yang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan wawasan mereka.
Selain itu, faktor seperti persekitaran, persaingan kerjaya, hubungan interpersonal dan cara
pemikiran pelajar juga boleh menyumbang stres kepada pelajar. Justeru, stres masih tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan pelajar dalam kesibukan mereka menuntut ilmu dan
memperolehi pelbagai kemahiran di universiti.
Perbezaan stres di kalangan pelajar juga adalah berbeza. Terdapat pelajar yang berupaya
berhadapan dengan stres tanpa mengalami apa-apa kesan fizikal, mental atau emosi yang
negatif serta boleh memotivasikan diri. Terdapat juga pelajar yang tidak berupaya
menguruskan stres apabila berada dalam pengajian di universiti. Stres yang melebihi pada
tahap tertentu sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada setiap
individu (Romas dan Sharma, 2004). Kebiasaannya, stres akan dialami dalam pelbagai
keadaan seperti rasa kesunyian, kurang tidur, keresahan, kebimbangan yang tinggi serta
simptom-simptom fisiologi yang ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami
(Wright, 1967). Oleh yang demikian, stres boleh menyebabkan kehidupan dan pergaulan
seharian seseorang pelajar terjejas sehingga memberi impak negatif terhadap tahap kesihatan,
personaliti, interaksi sosial dan pencapaian akademik mereka.
Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stres dilihat dari aspek negatif atau tekanan
yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan
pencapaian akademik seseorang pelajar. Oleh kerana stres di kalangan pelajar merupakan satu
fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh,
maka adalah penting bagi mengenalpasti faktor-faktor penyebab stres pelajar terlebih dahulu
sebelum sesuatu program intervensi direka bentuk. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan
untuk mengenalpasti faktor penyebab stres, tahap stres serta strategi pengurusan stres yang
biasanya digunakan oleh pelajar tahun dua yang telah menyertai BPE, FPPSM.
Objektif kajian
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut iaitu :
 1. Mengenalpasti tahap stres pelajar yang menyertai BPE.
 2. Mengenalpasti faktor-faktor penyebab stres pelajar yang menyertai BPE.
 3. Mengenalpasti strategi pengurusan stres yang biasa digunakan oleh pelajar yang
menyertai BPE.
Kajian literatur
Terdapat banyak kajian yang membincangkan tentang stres di kalangan pelajar. Kajian
Anderson dan Cole (1988) ke atas 360 orang pelajar universiti terdiri daripada pelajar lelaki
(n=163) dan pelajar perempuan (n=197) bertujuan mengkaji pembolehubah-pembolehubah
tertentu serta hubungannya terhadap prestasi pembelajaran dan burnout. Satu soal selidik yang
mengandungi 25 jenis soalan terbuka dan tertutup telah diedarkan kepada pelajar. Ujian Chi
Square digunakan bagi menguji perbezaan yang diperoleh. Sebahagian pembolehubah yang
diperolehi memberi kesan yang ketara terhadap prestasi pembelajaran dan juga burnout.
Faktor yang paling memberi tekanan kepada pelajar ialah peperiksaan akhir.
Ross, Niebling dan Heckett (1999) telah menjalankan kajian terhadap 100 orang pelajar kolej
yang berbeza dari segi umur, jantina dan pengkhususan subjek utama di Universiti
Midwestern. Alat ukur Student Stress Survey (SSS) telah digunakan bagi mengenalpasti punca
utama stres berdasarkan 40 situasi yang berpotensi menyebabkan stres di kalangan mereka.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa faktor intrapersonal adalah penyebab utama stres
yang kerapkali berlaku di kalangan pelajar. Antara lima faktor tertinggi yang menyebabkan stres di kalangan pelajar ialah perubahan tabiat tidur dan pemakanan, cuti semester,
peningkatan bebanan kerja dan penerimaan tanggungjawab yang baru.
Kajian Nowak dan Marie (1999) terhadap 24 orang pelajar persatuan ijazah kejururawatan dan
13 orang pelajar yang sedang menjalani latihan kejururawatan mendapati bahawa kekurangan
masa, peperiksaan, tempoh masa mengulangkaji dan kuantiti bahan yang perlu dipelajari
adalah faktor penyumbang stres di kalangan pelajar. Selain itu, analisis kolerasi telah
menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara pengalaman dalam bidang
penjagaan kesihatan dengan pengurangan stres di kalangan pelajar. Hipotesis kajian yang
menyatakan bahawa pelajar persatuan ijazah kejururawatan kurang mengalami stres daripada
pelajar yang sedang menjalani latihan kejururawatan adalah tidak disokong.
Kajian oleh Misra dan McKean (2000) terhadap 249 orang pelajar dan 67 orang ahli fakulti di
Universiti Midwestern di mana purata umur kesemua responden di antara 21 hingga 41 tahun.
Kajian bertujuan meninjau persepsi terhadap akademik di kalangan pelajar lelaki dan
perempuan, serta perbandingan persepsi antara pelajar dan ahli fakulti terhadap stres akademik
pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat ketidaksamaan persepsi di kalangan
pelajar dan ahli fakulti terhadap punca stres pelajar dan reaksi terhadap stres. Persepsi ahli
fakulti adalah pelajar mempunyai tahap stres yang tinggi serta menunjukkan reaksi stres yang
kerap berbanding persepsi sebenar pelajar. Keputusan ini disebabkan oleh pemerhatian
berterusan oleh ahli fakulti terhadap pelajar di bilik kuliah. Punca stres di kalangan pelajar
kolej dibahagikan kepada akademik, kewangan serta perkara berhubung dengan kesihatan dan
masa. Tahap stres paling tinggi di kalangan pelajar adalah semasa membuat persediaan untuk
peperiksaan, persaingan memperolehi gred yang baik serta perkara yang melibatkan
pengurusan masa. Terdapat perbezaan stres di kalangan pelajar lelaki dan perempuan.
Kajian Ooi Yoon Phaik (2002) bertujuan mengetahui punca stres di kalangan pelajar Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia), Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Sumber Asli
dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Kimia), Fakulti Pendidikan di Universiti
Teknologi Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran merupakan
penyumbang utama stres pelajar berbanding faktor akademik, kewangan, keluarga, sosial dan
intrapersonal. Tahap tekanan keseluruhan pelajar juga adalah rendah dan pada tahap
kebimbangan yang sederhana. Manakala, terdapat perhubungan signifikan antara stres dengan
pencapaian akademik serta tiada perbezaan signifikan dari segi tahap tekanan di kalangan
pelajar mengikut tahun pengajian, jurusan yang diikuti serta jantina.
Kajian Walton (2002) bertujuan menentukan sama ada terdapat perbezaan pengamatan
terhadap tahap stres dan cara pengendalian stres di kalangan pelajar junior dan senior dalam
program khidmat sosial (n=33) dan kejururawatan (n=89) yang sedang membuat persediaan
kursus klinikal di sebuah universiti yang terpilih. Perbandingan deskriptif dan non-
eksperimental telah digunakan dalam kajian ini. Pengukuran demografi, pengamatan tahap
stres menggunakan Cohen’s Perceived Stress Scale dan Moo’s Coping Responses Inventory
bagi mengukur cara pengendalian stres telah digunakan. Hasil kajian mendapati bahawa
pengamatan pelajar bidang khidmat sosial terhadap stres adalah lebih tinggi berbanding
pelajar kejururawatan. Bagi menguruskan stres, pelajar khidmat sosial dikenalpasti lebih
bergantung kepada strategi penyelesaian pengelakan dan pelajar kejururawatan menggunakan
strategi penyelesaian masalah. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara dua kumpulan
pelajar berdasarkan jantina dan umur.
Dunkley et al. (2003) telah melaksanakan kajian terhadap 64 orang pelajar lelaki dan 99 orang
pelajar perempuan di sebuah universiti bagi mengenalpasti pengaruh tingkah laku dan situasi terhadap kesempurnaan mengkritik diri apabila menghadapi stres serta kaedah
pengendaliannya. Pendekatan structural equation modelling menunjukkan bahawa hubungan
antara kesempurnaan mengkritik diri dan kesan seharian boleh diterangkan melalui
kebanyakan kecenderungan tingkah laku maladaptif seperti pergaduhan, pengelakan
penyelesaian serta rendah dalam penerimaan sokongan sosial. Strategi pengurusan stres
berbentuk penyelesaian masalah adalah kurang efektif bagi pelajar yang mempunyai kritik diri
tinggi berbanding pelajar yang rendah kritik dirinya.
Kajian Chai Ming Seng et al. (2004) bertujuan mengenalpasti tahap stres pelajar di sebuah
kolej di Malaysia semasa pengajian semester 2003/04. Subjek kajian terdiri daripada seramai
393 orang pelajar (53 orang lelaki dan 34 orang perempuan). Alat ukur Self Report Inventory
(DSP) telah digunakan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap stres responden adalah
tinggi terutama masalah yang berkaitan penyesuaian diri, kewangan serta jangkaan keputusan
akademik. Tidak terdapat perbezaan signifikan dari segi jantina, tahun pengajian dan kursus
yang diikuti.
Metodologi kajian
Reka Bentuk Kajian
Kajian berbentuk tinjauan telah dilaksanakan dalam kajian ini di mana pengkaji menggunakan
satu set soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden sebagai alat utama bagi mengumpul
maklumat berkaitan tahap stres, faktor penyebab stres dan strategi pengurusan stres di
kalangan pelajar. Oleh kerana populasi kajian adalah seramai 30 orang pelajar tahun dua yang
menyertai BPE anjuran Unit Pembangunan Pelajar, FPPSM, maka pengkaji telah memilih
kesemua responden dalam kajian ini. Kesemua responden kajian telah dikenalpasti
mempunyai pencapaian akademik iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke
bawah.

Pengaruh tahap stres terhadap kepuasan kerja dalam kalangan pengajar kolej vokasional di negeri pahang

Stres bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Stres biasa
dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak
menyeronokkan. Selye pada tahun 1950an menjadi perintis dalam menjalankan
kajian tentang psikologi stres ini. Stres adalah satu fenomena persepsi yang wujud
dari satu perbandingan di antara arahan yang diberikan dengan kebolehan untuk
melakukan arahan tersebut dengan jayanya. Stres adalah satu keadaan dinamik di
mana individu menghadapi sesuatu peluang, konstrain atau permintaan berkaitan
dengan apa yang dikehendaki di mana hasil yang diterima itu adalah tidak pasti dan
tidak penting (Robbins dan Stephen, 2000). Menurut Sidi H dan Shaharom H.M,
(2002), stres merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi
tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa.
Profesion keguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang mencabar.
Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan
terkini dalam proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian
matlamat pendidikan (Bajunid, I.A, 1995). Dalam era global yang semakin pesat,
negara menuntut supaya proses pendidikan dilaksanakan dengan strategi-strategi
baharu selaras dengan kemajuan negara khususnya dalam kalangan pendidik.
Transformasi sistem pendidikan yang semakin kompleks dan mencabar telah
menjadikan tugas guru semakin membebankan dan menyumbang kepada tahap stres.

Kajian yang telah dijalankan sebelum ini menunjukkan guru di negara kita
mengalami stres dan wujudnya ketidakpuasan kerja kerana perubahan demi
perubahan berlaku dalam dunia bidang pendidikan (Chaplin, R.P., 2001 dan Abdul
Ghani et al., 2006).
Guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan kepada
perhubungan guru dengan pelajar dan juga kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesioan
perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah
masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan
kegemilangan mutu pendidikannya (Sipon S, 2007).
Stres kerja pada tahap yang tinggi akan membawa kepada ketidakpuasan dalam
membuat kerja dan akhirnya sikap suka mengelak dan mengabaikan kerja akan
terhasil. Akibat suasana kerja yang teruk akan menyumbang kepada tahap stres dan
seterusnya membawa kepada ketidakpuasan serta keinginan untuk meninggalkan
profesion keguruan.
Stres guru adalah berpunca daripada aspek kerja yang akhirnya menganggu
emosi dan menimbulkan rasa marah, perasaan tidak selesa, kebimbangan, tekanan
serta kekecewaan yang tinggi. Guru tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap
perubahan transformasi pendidikan (Kyriacou & Sutcliffe, 1978). Individu tidak akan
dapat berfungsi dengan berkesan jika berada dalam keadaan stres (Smith, 1993;
Girdano et al 1993). Perasaan stres menjadikan menjadikan seseorang itu tidak
rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal
menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap keja yang dilakukan. Guru juga
dikatakan berfikir dan mengambil keputusan untuk bersara sebelum tiba masanya
kerana mengalami masalah tertekan, berang dan murung (Fejgin et al., 1995; Pastore
dan Judd, 1992).
Apabila guru tidak merasa kepuasan dalam pekerjaan, ini akan mempengaruhi
sistem pendidikan yang mana guru tidak bermotivasi, tidak komited dengan kerja
dan tidak profesional, sekaligus memberi impak negatif dalam bidang pendidikan.
Guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan kepada
perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran.
Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion
perguruan serta membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya
(Sipon S, 2007).
1.2 Latar belakang masalah
Arus perubahan pendidikan telah menjadikan proses mendidik pelajar sekarang
bertambah kompleks. Guru pada hari ini terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang
tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti kokurikulum,
menghadiri mesyuarat, mengendalikan program pelajar, mengurus karenah dan
kebajikan pelajar serta tugas-tugas pengurusan (Lemaire, 2009).
Guru terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang
pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Beban tugas yang banyak
dan baharu telah menimbulkan kerumitan, tekanan dan keletihan emosi kepada guru.
Kajian terhadap 150 orang guru mendapati bahawa tugas guru semakin bertambah,
diperluaskan, diinsentifkan serta perlu memenuhi harapan daripada masyarakat
hingga memberi kesan stres terhadap guru (Valli dan Buese, 2007). Satu tinjauan
telah dijalankan oleh pengkaji melibatkan 30 orang responden di Kolej Vokasional
(KV) Temerloh mendapati bebanan tugas, karenah pelajar dan penghargaan serta
sokongan pentadbir menjadi penyumbang stres yang paling ketara.
Stres yang dialami memberi impak negatif terhadap pelajar dan menyebabkan
pengajaran guru kurang efektif. Tugas perkeranian seperti mengambil kedatangan
dan merekodkan gred pelajar telah menyukarkan guru mengimbangkan dengan tugas
mengajar (Huisman, 2009). Seringkali guru mengalami stres berpunca daripada
tugasan luar dari pengajaran (Sheppard, 2008), penyediaan kertas kerja, menghadiri
pelbagai mesyuarat (Center dan Steventon, 2001; Jo-Ida dan Brandon, 2003).
Sesetengah guru mengalami perasaan tertekan dan memikirkan atau mengambil
keputusan untuk berhenti atau bersara sebelum sampai umur persaraan disebabkan
ketidakpusan kerja, peranan yang kabur dan beban kerja yang tinggi (Lim, 2005).
Akibat karenah pelajar guru sering keletihan dan tidak bersemangat untuk
mengajar. Tingkah laku pelajar di dalam kelas sepeti kurang menghormati guru,
kurang penumpuan di dalam kelas, masalah disiplin, kurang bermotivasi dan tidak
menyiapkan kerja sekolah didapati telah menyebabkan guru berasa tertekan setiap kali memasuki kelas (Fun, 2008; Kim, 2006; Tang dan Yeung, 1999; Montgomery
dan Rupp, 2005).
Kajian terhadap guru di sekolah rendah swasta menunjukkan guru yang
mendapat sokongan daripada pihak pentadbir didapati kurang berasa stres dalam
melaksanakan tugasnya (Weidner, 2002). Pengetua merupakan entiti penting dalam
kejayaan sekolah. Sebagai pemimpin, pengetua tidak lepas daripada saling
berinteraksi dengan staf bawahannya secara positif dan komited terhadap sekolahnya
(Andrew dan Morefield, 1991). Untuk melahirkan sekolah yang cemerlang, pengetua
harus memberi perhatian kepada suasana tempat kerja yang baik terhadap guru-
gurunya. Kajian ini mendapati faktor pengurusan dan kepimpinan pengetua sekolah
sangat mempengaruhi aspek kepuasan dan keselesaan guru (Hashim S. dan Yahya
N., 2008).
Stres boleh mempengaruhi kepuasan bekerja dalam kalangan pengajar KV
kerana kepuasan bekerja merupakan perasaan dalaman seseorang pekerja terhadap
pekerjaan yang dilakukannya hasil interaksi dengan persekitaran. Perasaan puas akan
mendorong seseorang itu rela datang ke tempat kerja dengan rasa tanggungjawab
(Tugimin, A. J. 2009). Kepuasan kerja dalam kalangan tenaga pengajar akan
membawa komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kerana darjah
kesungguhan bekerja seseorang akan menurun apabila sampai had dan dalam situasi
ketidakpuasan. Sekiranya masalah ketidakpuasan ini berterusan, bidang pendidikan
bukan sahaja akan mengalami masalah guru yang tiada komitmen, tidak berdedikasi
dan tidak profesional malahan akan kehilangan tenaga pengajar yang berkualiti dan
seterusnya akan menjejaskan produktiviti dan kualiti pendidikan teknik dan
vokasional (Ruhland, 2001).

Hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin dan stres kerja dalam kalangan pekerja industri

Sumber manusia dalam sesebuah organisasi merupakan aset penting yang
menggerakkan produktiviti dan menentukan kualiti aktiviti organisasi tersebut. Sumber
manusia sebagai elemen penting membekalkan organisasi dengan tenaga kerja, bakat dan
daya cipta. Oleh itu, sumber manusia dalam sesebuah organisasi perlulah diurus dengan
sistematik dan berkesan agar mereka dapat menyumbangkan tenaga kepada
pembangunan organisasi.
Organisasi akan menerima kesan negatif sekiranya sumber manusia tidak mampu
memberikan komitmen sepenuhnya. Hal ini berlaku seandainya sumber manusia
mengalami gangguan dalam proses kerjanya, dari segi tumpuan dan keselesaan di dalam
organisasi.
Sebahagian besar punca stres yang wujud dalam diri manusia adalah berkait
dengan pekerjaan (Greenberg dan Baron, 2000). Di tempat kerja, lazimnya setiap
individu tidak dapat lari daripada masalah yang menyebabkan stres berlaku. Stres yang
serius boleh menjejaskan komitmen pekerja terhadap organisasi. Ini akan mengakibatkan
kerugian kepada organisasi. United States Clearing House For Mental Health
Information melaporkan bahawa organisasi di Amerika Syarikat mengalami kerugian
sebanyak US$17 billion setahun akibat pengurangan dalam pengeluaran disebabkan
masalah yang berkaitan dengan stres kerja dan kerugian sebanyak US$60 billion setahun
disebabkan masalah kesihatan fizikal berpunca daripada stres kerja (Ivancevich dan
Mattson, 1980).
Stres telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada hazad pekerjaan pada masa ini
(Cummins, 1990). Stres pekerjaan boleh menimbulkan banyak masalah organisasi
seperti ketidakpuasan, pusing ganti kerja, ponteng kerja, ketidakhadiran serta penurunan
produktiviti (Wallis, 1983).
Menurut Selye (1956), stres kerja adalah tindakbalas tidak spesifik yang
ditunjukkan oleh anggota badan akibat tuntutan keatasnya. Ini bermakna stres melibatkan
penggunaan anggota badan dari segi fizikal dan biologi yang melampaui keupayaannya.
Sesetengah individu mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut
dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam diri dan
persekitarannya.
 Menurut Schuler (1980), terdapat dua punca yang menyebabkan stres kerja yang
menjejaskan pekerja. Pertama, apabila tidak ada kepastian tentang sesuatu hasil pekerjaan
dan keduanya hasil itu mestilah memberi erti yang besar dan penting dalam hidupnya.
Struktur organisasi yang tidak stabil, persekitaran kerja yang tidak selesa
(Gehlmann, 1992), kurang sokongan sosial, kebosanan semasa menjalankan tugas dan
kerja, serta konflik peranan adalah antara faktor yang mewujudkan stres kerja di kalangan
para pekerja. Stres kerja menyebabkan ketidakseimbangan emosi pekerja yang mana ia secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi komitmen mereka terhadap
organisasi.
Stres kerja memberi kesan kepada individu dan pihak organisasi. Dengan itu,
sesebuah organisasi mestilah mengambil berat isu ini kerana pada umumnya produktiviti
organisasi yang optimum bergantung kepada kesungguhan dan komitmen pekerja. Tanpa
individu yang produktif dan berkomitmen tinggi, organisasi sukar bergerak terus dalam
usaha mencapai matlamatnya.
1.2 Pernyataan Masalah
 Sejajar dengan arus ekonomi Malaysia yang sedang membangun, setiap elemen
yang berkaitan dengan daya penggerak industri hari ini perlu diambil kira terutama dari
aspek kualiti dan komitmen tenaga kerja. Malaysia memerlukan gabungan tenaga
sumber manusia yang mempunyai komitmen tinggi, produktif, progresif, berdaya saing,
cekap dan cergas dalam meneruskan aktiviti bagi mencapai matlamat untuk mencapai
Wawasan 2020.
Era perkembangan teknologi yang pesat kini telah menganjak suatu perubahan
persekitaran dalam organisasi ke arah yang lebih berdaya saing. Ini mengakibatkan, para
pekerja turut menerima kesan dari segi keperluan untuk meningkatkan kemahiran baru,
masa bekerja yang panjang, perubahan yang berterusan dan kadang-kadang tuntutan
organisasi yang tidak realistik. Kesannya pekerja dalam organisasi terdedah kepada
banyak masalah yang mengakibatkan stres.
Stres kerja adalah sesuatu yang bukan asing bagi pekerja di mana-mana
organisasi. Contohnya, Institut Maklumat Kesihatan Kanada melaporkan lebih daripada
¼ pekerja di seluruh negara tersebut mengalami tahap stres yang tinggi (Derfel, 2003).
Di negara Jepun pula yang memantau stres kerja di kalangan pekerja setiap 5 tahun
mendapati peratusan pekerja Jepun yang merasa sangat stres di tempat kerja telah meningkat daripada 51% dalam tahun 1982 kepada lebih kurang ⅔ daripada populasi
Jepun kini (Kawakami, 2000).
Fenomena stres merupakan satu halangan kepada produktiviti kerja. Menurut
Randolfi (1996), kesan daripada stres yang terlalu tinggi di kalangan pekerja
mengakibatkan:
i. Kesan psikologi seperti bimbang, bosan, rendah keyakinan diri, murung, marah,
pelupa dan rasa bersalah.
ii. Kesan fizikal seperti sakit kepala, diabetes, sakit belakang dan sebagainya.
iii. Kesan tingkah laku seperti hilang selera makan atau kuat makan, merokok,
minum arak, dan gangguan emosi dan mental.
iv. Kesan organisasi seperti ketidakhadiran, kemalangan, pusing ganti kerja, moral
yang rendah dan produktiviti yang semakin berkurang.
Dari aspek komitmen organisasi, kebanyakan kajian-kajian lepas telah mengkaji
hubungan antara komitmen organisasi dengan kepuasan kerja (misalnya Camp, 1993;
Porter, Steers, Mowday & Boulian, 1974; Tett & Meyer, 1993). Begitu juga dengan
kajian terhadap kesan komitmen organisasi terhadap tingkahlaku yang menunjukkan
hubungan negatif dengan komitmen kerja dan ketidakhadiran serta pusing ganti kerja
(misalnya Hom, Katerberg & Hulin, 1979; Angle & Perry, 1983; Pierece & Durham,
1987; Mowday, Porter & Steers, 1982). Namun begitu, kajian yang berkaitan dengan
hubungan antara stres dengan komitmen organisasi masih kurang (Lopopolo, 2002;
Freeborn, 1997).
Menurut Defrank dan Ivancevich (1998) serta Murphy (1998), program
pengurusan stres dapat membantu pembangunan pekerja pada masa akan datang. Namun
strategi menangani stres yang efektif dalam satu keadaan mungkin kurang sesuai
digunakan dalam keadaan yang lain. Ini adalah kerana strategi menangani stres
bergantung kepada tahap stres yang dihadapi oleh seseorang individu (Latack, 1986).
Tambahan pula, punca stres seseorang dan keupayaan mereka menangani stres berbeza
antara satu sama lain yang menyebabkan pelbagai strategi menangani stres digunakan
(Burke dan Belcourt, 1994; Pearlin dan Schooler, 1978).

Program pencegahan berasas keibubapaan untuk bertindakbalas dengan masalah hamil luar nikah dalam kalangan remaja

Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 2000 hingga Julai 2008 mencatatkan lebih
257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa. Ini bermakna secara purata 2,500
kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau hampir 84 kes setiap hari. Pecahan kes
kelahiran luar nikah mengikut negeri antara tahun 2000 hingga 2008 menunjukkan 70,430 anak
luar nikah didaftarkan. Selangor mencatatkan bilangan paling tinggi iaitu 12,836 orang bayi. Ini
diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur (9,439), Sabah (8,435), Negeri Sembilan (4,108)
berbanding Sarawak (617) manakala Terengganu 574 orang saja. Pendaftaran mengikut etnik
pula menunjukkan Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak paling tinggi iaitu 20,949 orang
bayi, India 19,581 dan Cina 18,111. Pecahan mengikut agama adalah 30,978 Islam, 18,085
Hindu, 17,236 Buddha dan Kristian 3,395 orang (Portal berita UKM, Jun 2010).
Takrif hamil luar nikah ialah mengandung sebelum berkahwin di mana kewujudan
hubungan seks di antara dua pasangan yang tidak mempunyai pertalian nikah yang sah. Remaja
hamil luar nikah tergolong umur di antara 13 hingga 18 tahun. Menurut Unicef (2008) mendapati
remaja yang tergolong dalam hamil luar nikah terdiri daripada umur 13 hingga 19 tahun.
Fenomena ini amat membimbangkan individu, keluarga, masyarakat dan negara dalam membina
negara bangsa beretika dan rakyat yang mempunyai jati diri. Fenomena ini tidak selari dengan
cabaran keempat yang digariskan dalam mencapai Wawasan 2020 bagi mewujudkan masyarakat
bermoral, beretika, warganegara yang kukuh nilai agama dan kejiwaan serta mempunyai etika
paling tinggi (Nazri Muslim & Nasruddin Yunus, 2006). Malaysia memerlukan rakyat yang
bermoral tinggi dan berakhlak terpuji bagi menghadapi globalisasi dan bersaing dalam pasaran
global. Bagi mencapai hasrat kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengorak langkah
membawa pelajar ke arah pembentukan insan bertanggungjawab dalam merealisasikan wawasan
2020 (Jamaludin Ahmad & Sidek Mohd Noah, 2001). Dalam keghairahan menuju negara maju,
tanpa disedari ramai remaja yang tercicir dalam arus pendidikan. Keciciran dalam arus
pendidikan boleh menjerumuskan pelajar dalam pelbagai masalah sosial antaranya ialah aktiviti
salah laku seksual atau hamil luar nikah.
Manakala pemantauan dan penglibatan ibu bapa dalam memotivasikan pelajar dalam
pendidikan juga tidak diberi perhatian yang serius. Bahkan keluarga juga merupakan punca
remaja terlibat dalam salah laku seksual sehingga hamil luar nikah (Rumberger, 1991).
Kestabilan keluarga sukar dikekalkan dalam tempoh masa yang panjang membina kesejahteraan
keluarga. Modenisasi dan kesibukan dalam menjana kewangan keluarga boleh menjejaskan
hubungan sesama ahli keluarga sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam keluarga
sehingga keluarga itu tidak sejahtera. Ahli keluarga merupakan elemen yang penting dalam
menjaga kestabilan keluarga tersebut. Walau bagaimanapun kestabilan keluarga ini sukar
dikekalkan dalam tempoh masa yang panjang. Ini kerana, faktor kesibukan dan kemodenan
sedikit sebanyak menjejaskan hubungan sesama ahli dalam keluarga sehingga menjadikan
keluarga itu tidak sejahtera. Ahli keluarga lebih mementingkan materialistik berbanding dengan
hubungan kekeluargaan yang lebih penting dalam mencapai objektif kehidupan sesebuah
keluarga (Selvaratnam, Nor Aini & Norlaila 2010).

Pengaruh rakan sebaya juga merupakah salah satu faktor penting remaja terjerumus
dalam kes hamil luar nikah. Pada usia awal remaja, mereka mudah dipengaruhi oleh rakan
sebaya dalam pembinaan keperibadian diri dan pencarian identiti diri. Malangnya, pertemuan
dengan rakan sebaya yang bermasalah dan suka melakukan aktiviti negatif mengajak remaja
melakukan perkara di luar batasan keagamaan dan norma masyarakat. Misalnya berkunjung ke
disko, pusat hiburan, pengambilan dadah dan melalukan seks bebas. Permulaan dengan aktiviti
bebas boleh menjerumuskan remaja hamil luar nikah sehingga terpaksa membuang bayi mereka.
Menurut Hashim et al. (2008), remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang bayi
kerana terdesak, rasa malu, takut bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar daripada
pengetahuan ibu bapa dan masyarakat. Remaja juga takut akan diambil tindakan undang-undang
terhadap mereka menyebabkan fikiran buntu dan terus ambil langkah mengugurkan atau
membuang bayi yang dilahirkan.
Media massa juga boleh mempengaruhi remaja dalam melakukan aktiviti salah laku
seksual. Pengaruh media massa yang tiada sempadan misalnya internet membantu remaja
memudahkan mereka melayari alam siber yang tidak sepatutnya. Perasaan ingin tahu dalam
golongan remaja menyebabkan mereka mudah terlibat dalam aktiviti hamil luar nikah kerana
tidak tahu masalah yang perlu dihadapi di masa depan. Mereka seronok melayan cinta sehingga
terlanjur melakukan seks (Rafidah, 2001). Punca peningkatan jumlah remaja yang hamil luar
nikah dan pembuangan bayi disebabkan kecanggihan teknologi di mana bahan lucah dalam
internet boleh dicapai dan mudah untuk disebarkan (Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,
2010). Berdasarkan statistik dan pelbagai telah membuktikan punca remaja terjerumus dalam
fenomena hamil luar nikah. Oleh demikian, kajian ini meneroka pengalaman remaja yang
melalui hamil luar nikah dan sejauhmanakah perhubungan remaja dengan ibu bapa dalam
menghadapi masalah hamil luar nikah.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman remaja hamil luar nikah yang tinggal
dalam institusi sehingga lahir bayi mereka dan memahami perhubungan remaja hamil luar nikah
dengan ibu bapa mereka dalam krisis penjagaan anak remaja.
KAEDAH KAJIAN
Pendekatan kualitatif dipilih untuk menjawab persoalan kajian berlandaskan latar belakang
subjek kajian, yang sukarela sedia berkongsi pengalaman mereka, dipilih secara pemilihan
bertujuan mengikut kriteria yang ditetapkan. Tema yang menjelmakan (emergent) dalam data
kajian mempunyai banyak maklumat yang terselindung terutamanya tentang masalah hamil luar
nikah dalam kalangan remaja. Seramai 6 remaja telah ditemu bual sesuai dengan kriteria
pemilihan responden yang tergolong dalam kalangan awal remaja terdiri daripada yang berumur
antara 13 tahun hingga 17 tahun. Lokasi kajian dijalankan di Taman Seri Puteri Cheras dengan
kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Analisis kajian yang digunakan adalah
proses menyusun data untuk ditafsirkan. Menyusun data bererti mengumpulkan dalam pola, tema
dan kategori untuk memahami makna sesuatu fenomena. Interpretasi data yang digunakan untuk
menggambarkan perspektif atau pandangan pengkaji, bukan untuk mencari kebenaran. Beberapa
strategi dalam kajian kualitatif untuk kesahan dalaman data yang boleh digunakan iaitu:

memanjangkan masa penyelidikan, triangulasi, semakan kembali dengan responden (member
checks), pengamatan jangka masa lama dan penilaian pakar. Kesemua strategi ini adalah untuk
mengurangkan pengaruh atau bias pengkaji.
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Profil Responden dan Ibu bapa
Keseluruhan responden berumur antara 13 hingga 17 tahun. Majoriti responden berbangsa
Melayu dan hanya seorang sahaja yang berbangsa India berumur 15 tahun berpendidikan
sehingga darjah lima sahaja. Seorang responden Melayu juga mempunyai pendidikan sehingga
darjah 6, 2 responden dapat menamatkan tingkatan dua dan dua orang lagi tingkatan tiga.
Responden A telah berhenti sekolah dalam usia 13 tahun, mengandung 6 bulan ketika temu bual
dijalankan dan bercadang untuk meneruskan pengajian selepas melahirkan anak. Responden C
pula berbangsa India berumur 15 tahun tidak berminat untuk meneruskan pendidikan. Beliau
menyatakan bahawa tidak pandai membaca, jadi malas untuk bersekolah. Reaksi responden F
pula mendapati bahawa minat untuk belajar luntur apabila keperluan untuk mencari kewangan
bagi membantu ibu menambah pendapatan keluarga menjadi keutamaan berbanding bersekolah.
Bilangan adik beradik yang ramai iaitu 10 orang ahli keluarga di mana responden merupakan
anak yang ke 6. Bilangan ahli keluarga yang ramai juga merupakan punca remaja mencari kasih
sayang di luar rumah kerana mereka kurang mendapat perhatian dan dipinggirkan (Zarinah et al.,
2002). Perbandingan antara bandar dan luar bandar menunjukkan bahawa responden A, C dan E
tinggal di kawasan bandar seperti Shah Alam, Ampang dan Setapak. Manakala responden B, D
dan F tinggal di Maran, Segamat dan Jelebu.
Latar belakang keluarga responden menunjukkan bahawa responden B dan E tinggal
bersama keluarga tiri. Responden B menyatakan bahawa ibu kandung meninggal dunia semasa
beliau berumur 10 tahun. Begitu juga dengan responden D menceritakan bahawa beliau tinggal
dengan ayah tiri setelah kematian ayah kandung sejak umur beliau dua tahun. Kedua-dua remaja
tidak mempunyai perapatan dengan ahli keluarga menyebabkan mereka mencari kasih sayang di
luar rumah yang menyebabkan mereka terjebak dalam salah laku seksual. Sebalik responden F
menyatakan bahawa ibu bapa beliau telah bercerai sejak tujuh tahun yang lalu semasa berumur
11 tahun. Sejak menjadi ibu tunggal, ibunya terpaksa bekerja keras mencari nafkah untuk adik
beradik yang ramai. Ibu beliau juga tidak dapat mengawal kesejahteraan keluarga kerana
memikul pelbagai beban penjagaan bersendirian. Responden A dan C pula mempunyai ibu bapa
tetapi sering pulang lewat malam dan kurang memberi perhatian terhadap keluarga.
Hubungan anak dan ibu bapa yang renggang menyebabkan remaja berani keluar dan
melakukan aktiviti salah laku seksual. Keruntuhan moral juga dipengaruhi oleh cara gaya
pengawasan dalam kalangan ibu bapa terhadap perubahan tingkah laku dalam kalangan remaja
(Ummi Khaltum, 1995). Komunikasi dua arah amat berkesan dalam membendung aktiviti salah
laku seksual di mana remaja menjadi rakan kepada ibu bapa (Hashim et al., 2008). Dalam situasi
begini anak-anak lebih mempercayai ibu bapa berbanding rakan sebaya. Remaja juga akan
menjadikan ibu bapa sebagai tempat rujukan jika berdepan dengan masalah. Luahan hati
beberapa remaja hamil luar nikah mengatakan bahawa mereka tidak mendapat perhatian dan
kasih sayang kerana ibu bapa sangat sibuk dengan tugas harian. Ibu bapa seharusnya menjadi model bagi anak-anak, malah kesibukan dalam berkerjaya bukan halangan dalam memberikan
kasih sayang dan perhatian yang cukup bagi mengawasi dan menjaga anak-anak remaja supaya
tidak terjebak dalam aktiviti salah laku seksual. Responden D meluahkan perasaannya seperti
berikut:
... tak cerita pun masalah kat mak ....saya hanya menangis... kalau saya cerita
pun kat mak saudara sebab lebih rapat dengan dia....
Sebaliknya responden C dan E pula akan meluahkan segala perasaan mereka kepada
kakak berbanding dengan ibu bapa. Pada pandangan mereka, ibu bapa kurang memberi perhatian
dan sering tidak ada di rumah menyebabkan mereka tidak rapat dengan ibu bapa. Kesibukan
dalam kerjaya ibu bapa menyebabkan mereka sering tidak berada di rumah. Hampir semua
responden menyatakan bahawa ibu bapa tidak pernah meluangkan masa untuk membuat apa-apa
aktiviti hujung minggu bersama anak-anak. Majoriti responden lebih kerap keluar bersama
kawan-kawan berbanding keluarga sendiri.
Pengaruh rakan sebaya dan Internet
Masa terluang remaja lebih banyak bersama kawan-kawan menyebabkan mereka banyak
terpengaruh dengan salah laku seksual dalam kalangan remaja. Pertemuan rakan-rakan yang
mempunyai latar belakang masalah keluarga yang sama menyebabkan mereka cuba mencari
kelainan dalam aktiviti harian. Hampir kesemua responden mendapat pengetahuan seks melalui
rakan sebaya semasa melangkah ke tingkatan satu. Responden E menyatakan bahawa:
... saya mengetahui mengenai seks masa form 1 la ...sebelum tu tak lagi ...masuk
sekolah menengah startlah...
Sebaliknya responden A pula menyatakan bahawa rakan sebaya juga sering bercerita dan
bertukar pandangan mengenai aktiviti seks yang menyebabkan responden ingin tahu perkara
tersebut. Manakala bagi responden B dan responden C pula adalah seperti berikut:
... ada juga kadang main tukar CD dengan kawan ... kawan beli CD seks dan
tukar-tukar dengan saya.
Sejak umur 12 tahun, saya mula kenal kawan-kawan... keluar bersama ... mereka
ajak tengok video semua...mula masuk menengah lah ... duduk asrama ... ramai
kawan bercerita benda tu lah.
Sebahagian responden juga menggunakan laman sesawang untuk akses gambar porno
dan lain-lain bahan lucah. Kebanyakan remaja leka bersembang (chatting) di laman facebook,
twiter, myspace dan sebagainya mengenai hubungan seksual dan bahan lucah. Menurut
responden B bahawa:
... dapat dari internet ... akak buka kedai komputer...lepas tu saya selalu pergi
dan search benda tu lah.

Sikap remaja yang menginginkan keseronokan dan kurang pengawasan dalam aktiviti
mereka menyebabkan remaja lebih bebas dalam mengakses laman sesawang lucah dan
sebagainya. Kematangan remaja juga masih kurang untuk menilai baik dan buruk sesuatu
perkara menyebabkan mereka lebih terdedah kepada masalah salah laku seksual. Sternberg dan
Barnes (1988) mencadangkan teori psikologi cinta. Keberahian adalah komponen motivasi dan
rangsangan dalam hubungan. Dalam hubungan seksual ia melibatkan keinginan romantis, tarikan
fizikal dan hubungan kelamin. Cinta remaja akan berakhir diperingkat pertama dan kedua iaitu
berahi dan hubungan intim kerana peringkat ketiga adalah mengambil tanggungjawab dalam
menjaga hubungan. Remaja tidak boleh mencapai ke peringkat seterusnya kerana belum boleh
menjalankan komitmen penjagaan terhadap orang lain.
UNFPA Resource Kit: World Population Day 2008 mendapati bahawa punca hamil luar
nikah dalam kalangan remaja di negara membangun antaranya adalah kurang pendidikan seks,
perilaku seks remaja yang terpengaruh dengan dadah atau alkohol, tekanan rakan sebaya yang
menceburi aktiviti seks bebas, penggunaan salah kontrasepsi, kemiskinan, rasa kendiri yang
rendah, perselisihan faham dalam rumah atau keluarga, cita-cita pendidikan yang rendah dan
sebagainya. Kajian Siti Salwani (2009) mendapati bahawa salah laku seksual yang dilakukan
oleh 105 responden daripada 124 responden adalah disebabkan terpengaruh dengan pornografi.
Selain itu, perasaan ingin tahu, paksaan atas dasar cinta terhadap pasangan, pelbagai bahan lucah
dan sebagainya mendorong remaja terlibat aktiviti salah laku seksual. Manakala Mohammad dan
Suria (2005) menyatakan bahawa remaja kurang maklumat mengenai risiko seks dan sering
mencuba tanpa memikirkan impak kesihatan serta masa depan diri mereka.
Penekanan Agama dan Nilai Moral Keluarga
Pegangan agama dan nilai moral merupakan kompas kehidupan seseorang individu tua atau
muda. Seseorang yang berpegang kepada agama akan memastikan baik dan buruk sesuatu
perkara sebelum bertindak untuk melakukannya. Sebaliknya dalam kajian ini mendapati bahawa
hampir semua responden tidak berpegang kepada agama sebagai landasan hidup. Majoriti
responden yang ditemu bual mengabaikan solat, walaupun pesanan dan nasihat telah diberikan
kepada ibu bapa bagi menjalani kehidupan harian. Apa yang lebih membimbangkan adalah ibu
bapa tidak menghukum atau mengambil tindakan jika anak-anak tidak mahu mengerjakan sholat.
Responden dan E menyatakan seperti berikut:
... mak ayah memang tegur bab agama... mereka jaga ... mereka marah lah kalau
tak solat... tapi kalau tak buat... mak ayah tak marah, diam je... tak cakap apa
pun.
... mak marah juga kalau tak solat, tapi banyak kali cakap... saya tak dengar...
jadi mak tak ambil kisah pun.
Hubungan silaturahim antara ibu bapa dan remaja tidak berjalan dengan lancar
menyebabkan arahan ibu bapa tidak diambil kira oleh remaja. Remaja tidak menghormati
pandangan dan nasihat ibu bapa yang menyebabkan komunikasi tidak berkesan dalam kalangan
remaja yang melakukan salah laku seksual. Sebaliknya komunikasi berkesan antara ibu bapa dan
remaja akan menghasilkan tahap keyakinan diri yang tinggi, peningkatan pencapaian, afektif dan kesihatan mental yang baik dalam kalangan remaja. Dalam suasana begini, remaja boleh
menerima pandangan positif dan negatif dalam kalangan ibu bapa serta remaja juga boleh
menyesuaikan diri dengan lebih mudah. Ibu bapa tidak boleh membiarkan awal remaja untuk
menentukan jalan hidup mereka, seharusnya mereka dibimbing dan dipantau dengan penuh kasih
sayang bagi mengelakkan diri remaja terlibat dengan aktiviti bercorak seksual sebelum remaja
berkahwin.
Ibu bapa atau penjaga perlu berwibawa dan peka kepada perubahan tingkah laku dalam
kalangan remaja. Mereka perlu diberi galakan, rangsangan dan bimbingan melalui pendekatan
disiplin yang asertif dan tidak kasar. Ibu bapa juga perlu berinteraksi secara positif dan
menyemai emosi yang bersesuaian bagi membantu remaja mengawal diri mengikut peraturan
keluarga dan komuniti. Hart dan Hilton (1988) menyatakan bahawa kekurangan kasih sayang
dan ikatan emosi dalam kalangan keluarga boleh meningkatkan kemungkinan kehamilan dalam
kalangan remaja.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Keseluruhan responden mempunyai masalah perhubungan dengan ibu bapa di mana remaja lebih
banyak bergaul dan menghabiskan masa bersama kawan-kawan berbanding ibu bapa.
Lingkungan umur remaja ialah 13 hingga 17 tahun terlibat dalam hamil luar nikah. Pengaruh
rakan sebaya yang menyebabkan mereka terlibat dalam hamil luar nikah. Rakan sebaya juga
dijadikan tempat mengadu dan menghilangkan tekanan menggantikan ibu bapa. Persekitaran
tempat tinggal remaja juga menyebabkan mereka mudah terjebak dalam aktiviti salah laku
seksual. Hampir semua responden tinggal di kawasan flat perumahan PPR. Dari aspek gaya
keibubapaan mendapati bahawa kurang pengawasan, kurang kawalan, aktiviti harian anak-anak
amat bebas dan kurang mendidik anak dalam aspek keagamaan. Bahkan kesibukan ibu bapa
dalam mengejar harta dunia, kurang komunikasi dengan anak-anak dan jarang berada di rumah
serta kurang sokongan sosial merupakan antara punca kehamilan luar nikah.
Beberapa cadangan dapat dikemukakan melalui kajian ini untuk membantu pihak yang
berkepentingan bagi menangani masalah hamil luar nikah semakin berleluasa dalam kalangan
remaja adalah seperti berikut:
i. Peranan ibu bapa - ibu bapa adalah tulang belakang dalam pembinaan keluarga yang
sejahtera. Maka komunikasi adalah salah satu alat yang penting dalam memperbaiki
hubungan yang renggang dalam keluarga. Pemantauan bagi setiap aktiviti remaja di mana
ibu bapa mengambil tahu pergerakan anak-anak supaya dapat kenal pasti rakan sebaya
mereka. Ibu bapa juga perlu mendidik anak daripada aspek keagamaan supaya mereka
kenal baik buruk sesuatu perilaku, memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak-anak.
Ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak, keluar bersiar-siar atau
berkelah sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan bagi merapatkan hubungan
silaturahim dengan anak-anak.
ii. Peranan remaja – pengaruh rakan sebaya merupakan faktor penting punca remaja terlibat
dalam aktiviti yang tidak sihat. Bagi generasi remaja kini, rakan sebaya merupakan
rujukan utama dalam pembinaan sahsiah dan tingkah laku mereka. Remaja kini lebih
banyak berbincang mengenai permasalahan harian bersama rakan sebaya bukan dengan
ibu bapa. Bahkan mereka menghadapi masalah untuk berkongsi masalah harian bersama
ibu bapa kerana lompang generasi. Peruntukan masa kualiti bersama keluarga juga amat
kurang kerana remaja kini lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya
berbanding dengan ibu bapa. Remaja perempuan sering merujuk rakan sebaya untuk
mendapatkan pandangan dan bimbingan bagi penyelesaian masalah. Kesilapan dalam
pemilihan rakan sebaya ini boleh membawa mereka ke arah perkara-perkara negatif
misalnya ponteng sekolah, mencuri, merokok, melepak di pusat membeli belah sehingga
boleh merosakkan sahsiah remaja tersebut. Maka pendedahan awal mengenai pemilihan
rakan sebaya yang baik dan pemantauan ibu bapa mengenai rakan sebaya remaja adalah
amat penting bagi mencegah remaja terdedah kepada aktiviti salah laku seksual.
iii. Peranan komuniti - pergaulan bebas perlu ada pengawasan komuniti setempat. Komuniti
tradisional Malaysia perlu diamalkan kembali di mana “ambil tahu” mengenai anak jiran
adalah amat penting dalam meningkatkan sokongan sosial dalam membina generasi
remaja yang sihat dan sejahtera. Konsep “ambil tahu” anak jiran bukan semata-mata
menjaga tepi kain orang tetapi masing-masing komuniti setempat perlu mengawasi anak-
anak supaya tidak terlibat dalam aktiviti salah laku seksual. Jika komuniti bandar dan luar
bandar dapat mengamalkan konsep “ambil tahu anak jiran dalam aspek positif” , maka
pelbagai masalah sosial dapat dikurangkan dan dicegah lebih awal. Komuniti setempat
perlu mereka program kejiranan remaja yang selamat terutama dalam masyarakat bandar
dan pinggir bandar.
iv. Peranan Guru - guru kaunselor sekolah perlu mengambil tindakan segera berkaitan
masalah salah laku seksual dalam kalangan remaja. Kementerian kesihatan dalam
memberi penerangan tentang impak hamil luar nikah dalam kalangan pelajar-pelajar
sekolah menengah, bagaimana boleh mengelak daripada terjebak dalam aktiviti salah
laku seks. Kerjasama dengan JAKIM boleh memberi penerangan daripada aspek agama
dan sebagainya.
v. Peranan Kementerian - JKMM perlu mengkaji semula Taman Seri Puteri Cheras agar
perancangan program mengikut kesesuaian zaman dan perkembangan remaja masa kini.
Program keusahawanan dan pendidikan kemahiran perlu diterapkan bagi membantu
remaja yang telah tamat tempoh dapat menjalani kehidupan lebih bermakna.
vi. Peranan Media - lebih banyak drama dan kuliah motivasi bagi ibu bapa dan remaja dalam
menangani masalah krisis remaja dengan cara yang lebih berkesan. Dalam masyarakat
yang sederhana status sosioekonomi, media massa elektronik atau cetak memainkan
peranan penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Kempen yang berterusan
dalam media ini dapat memberi pendedahan holistik kepada kalangan remaja dan ibu
bapa mereka.