Wednesday, September 13, 2017

Nanoteknologi kaedah terbaik tangani masalah makanan

BARU-baru ini krisis tenaga dan makanan melanda dunia secara tiba-tiba seumpama kedatangan tsunami. Walaupun ada yang berpendapat mungkin krisis makanan hanya satu spekulasi global, ia sudah berlaku dan mendapat perhatian seluruh dunia. Krisis bahan api pula dikaitkan dengan krisis ketegangan politik dan peperangan di antara Amerika Syarikat (AS) dan negara di Asia Barat termasuk Iran dan Iraq. Malaysia yang selama ini kaya dengan produk makanan daripada hasil pertanian dan petroleum juga turut merasai bahang krisis ini. Selain dua krisis global itu, isu pencemaran alam sekitar, pendidikan, kesihatan dan kemiskinan juga menjadi isu yang mesti ditangani secara teliti.NanotechNanoteknologi yang sudah mendapat perhatian pada akhir 1990-an dan dijangka mendominasi teknologi pada 2015, memberi satu harapan baru bagi menyelesaikan permasalahan global masa kini. Nanoteknologi berlandaskan faktor saiz pada ukuran nanometer atau teknologi pada tahap molekul atau setara dengan 50,000 lebih kecil daripada saiz rambut manusia, dilihat dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya. Ia difikirkan dan dicadangkan berpotensi bagi menangani permasalahan global. Malah dalam beberapa bidang, ia sudah mula terbukti dan menunjukkan keupayaannya. Permasalahan atau krisis global pernah diutarakan oleh Richard Smalley, pemenang Hadiah Nobel 2002 atas penemuan buckyball iaitu sejenis bahan nano berasaskan karbon. Beliau menggunakan konsep ‘garden of the physical sciences’ dalam melihat dan menganalisis faktor yang menyumbang berlaku krisis global. Bersama-sama permasalahan itulah beliau mencadangkan nanoteknologi sebagai kaedah terbaik menangani masalah berkenaan.

No comments:

Post a Comment