Abstrak
Media sosial adalah medium penyebaran baru yang mudah, cepat dan berkesan untuk mendapatkan maklumat. Media sosial seperti Facebook, YouTube,
Instagram dan Twitter digunakan oleh ramai remaja hari ini, dan kebanyakan mereka mempunyai akaun media sosial. YouTube merupakan salah satu media
sosial yang menyebarkan maklumat, hiburan dan berita dalam bentuk video. Fungsi YouTube yang pelbagai menyebabkan kes buli remaja mudah tersebar
melalui perkongsian video buli yang berkaitan; dan klip video biasanya dimuat naik dengan mudah oleh remaja yang terlibat dalam kes buli. Objektif kajian
ini adalah untuk mengkaji tindak balas dari pengguna media sosial, melalui YouTube, terhadap kes buli dalam kalangan remaja di Malaysia. Empat video
yang menunjukkan remaja sedang dibuli telah dipilih secara persamplelan bertujuan sebagai kes kajian. Kandungan video akan dibuat transkripsi dan maklum
balas atau komen daripada penonton akan dikategorikan serta dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti penonton berasa sedih dan menyatakan
kemarahan mereka terhadap perbuatan buli dalam video tersebut. Bagaimanapun sebilangan kecil penonton memuji tingkah laku tersebut. Dengan bantuan
media sosial seperti YouTube, jenayah dalam kalangan remaja seperti buli menjadi viral di laman media sosial dan penyebarannya adalah tanpa mengira jarak
dan masa. Kajian ini menyumbang kepada pengetahuan tentang peranan media sosial sebagai ejen penyebaran maklumat termasuk jenayah yang perlu dipantau
dan dihentikan, kerana dibimbangi perbuatan buli menjadi fenomena yang biasa terutamanya dalam kalangan remaja.
1.0 PENGENALAN
Banyak kajian menunjukkan bahawa media sangat berpengaruh kepada tingkah laku remaja. Media seperti internet, televisyen, majalah dan
surat khabar memberi pengaruh terhadap perkembangan remaja (Vasan, 2010). Penggunaan media sosial yang aktif kini menjadi satu trend
baru dikalangan remaja hari ini. Media sosial dapat menghubungkan manusia di seluruh dunia tanpa mengira perbezaan dan sempadan
geografi (Sawyer, 2011). Remaja tertarik kepada media sosial kerana mudah mengakses maklumat dan pelbagai keseronokan yang boleh
diperolehi ketika melayarinya. Mereka boleh melayari pelbagai jenis media sosial dengan mudah, pantas dan semuanya berada dihujung jari.
Namun, disebalik keseronokan melayari media sosial wujud cabaran dan masalah yang menjadi perhatian dalam artikel ini iaitu berkaitan
dengan sebaran atau minat remaja terhadap perkara yang bernilai negatif dalam masyarakat khususnya kes buli. Mereka tidak perlu bergerak
kemana-mana untuk melakukan jenayah, hanya dengan menekan papan kekunci telah menyebabkan mereka terlibat dengan jenayah. Dalam
kajian jenayah geografi telah menjelaskan bahawa, faktor jarak yang dilalui oleh pesalah merupakan faktor penting dalam melakukan jenayah
dan kekerapan melakukan jenayah semakin berkurangan bagi jarak yang semakin jauh dari pesalah. Perkara ini menunjukkan bahawa
kecenderungan pesalah melakukan jenayah berhampiran dengan tempat kediaman mereka lebih tinggi berbanding dengan jarak yang jauh
(Dern et al. 2005). Walau bagaimanapun, dalam situasi teknologi yang canggih kini, pendapat berkenaan boleh disangkal kerana jenayah
dalam media sosial tidak mengira jarak dan tempat sesuatu jenayah dilakukan. Sebagai contohnya, semasa kehilangan kapal terbang MH370,
banyak spekulasi dan cerita palsu yang dikeluarkan oleh pengguna media sosial di merata tempat sehingga menimbulkan kecelaruanmaklumat yang dipapar dan dikongsi (Utusan Online, 2014). Penyebaran maklumat seperti ini merupakan perbuatan jenayah yang tidak
boleh diukur dengan jarak dan tempat mereka melakukannya kerana sebaran berlaku di alam maya.
Perkembangan teknologi komunikasi dan media membolehkan ilmu pengetahuan dan budaya dikongsi oleh manusia sejagat dan
melahirkan kelompok manusia yang hidup serba mudah dan ringkas. Perkara ini jelas berlaku dengan kewujudan penggunaan internet,
telefon, televisyen, radio, surat khabar, majalah dan media yang lain (Suriati, Azilah dan Jabil, 2013). Media banyak memberi maklumat dan
nilai baik kepada pengguna yang melayarinya, tetapi dalam artikel ini penulis memberi fokus terhadap perkara yang menjadi perhatian dan
isu dalam masyarakat hari ini iaitu berkaitan dengan jenayah yang melibatkan penggunaan media sosial yang berlaku dalam kalangan remaja.
Perkembangan media dan media sosial telah membentuk semula corak jenayah (Yar, 2012) dan memberi impak dalam perilaku kejadian
jenayah masa kini. Perlakuan jenayah terutama dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi dan dengan adanya perkembangan media sosial
yang pelbagai pada masa kini menyebabkan golongan remaja mudah terdedah kepada kejadian jenayah (Mohd Dahlan & Ida Shafinaz, 2010).
Pembabitan golongan remaja di dalam media sosial tidak boleh dikekang, justeru semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memastikan
golongan remaja tahu dan faham risiko penggunaan ‘laman sosial seperti Facebook, Twitter, Blog, Instagram dan sebagainya (Utusan Online,
2012)
2.0 SOROTAN LITERATUR
Media sosial daripada mana-mana laman web atau perisian membolehkan masyarakat berbual, berkongsi pengetahuan, video, gambar,
bersosialisasi, menerima maklumat dan menyebarkan maklumat secara interaktif ((Boone, 2011; Wright & Ross, 1997; Jain, Gupta & Anand
2012; Suriati et al. 2012)). Dengan kehadiran pelbagai media sosial kini menyebabkan data peribadi remaja sudah tidak menjadi privasi dan
semuanya dikongsi secara sukarela dalam media sosial. Mereka aktif untuk berkongsi apa-apa sahaja di wall masing-masing, mengemaskini
status dan tweet setiap keseronokan dalam hidup mereka. Perkongsian ini dapat menarik beratus-ratus pembaca online dan juga orang yang
tidak dikenali untuk sama-sama memberi komen bagi setiap status yang dipaparkan. Hal ini kerana, media sosial sememangnya menyediakan
ruangan untuk pengguna memberi komen, perkongsian/share, suka/like dan berbual/chat (Napoli, 2014; Cheng, Danescu-Niculescu-Mizil
& Leskovec, 2014). Keadaan ini menggalakkan berlakunya kes jenayah dalam media sosial antaranya seperti kejadian buli dan fitnah di
mana komen yang diberikan dijadikan bahan untuk tujuan tersebut. Oleh itu, kehadiran media sosial kini telah menyebabkan munculnya
kesalahan bentuk baru yang berfokuskan komputer dan ianya berlaku apabila jenayah sedia ada ‘berpindah’ ke persekitaran talian (Yar,
2012).
Jenayah media sosial adalah antara penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di negara-negara maju seperti Amarika Syarikat,
China, Jepun dan Korea. Jenayah media sosial didefinisikan sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan melalui komputer yang dilengkapi
internet untuk mendapat keuntungan dan merugikan mangsa yang terperangkap. Menurut laporan akhbar Harian Metro 22 September 2011,
sumber yang dirujuk daripada CyberSecurity Malaysia menunjukkan bahawa insiden jenayah siber mengalami peningkatan yang berlipat
kali ganda iaitu dari tahun 2009 sebanyak 3,566 kes kepada 8,090 kes pada tahun 2010. Statistik yang dikeluarkan daripada Laporan Jenayah
Siber Norton 2011 menunjukkan bahawa 14 orang menjadi mangsa jenayah siber bagi setiap saat di seluruh dunia. Perkara ini sangat
membimbangkan kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa bagi pelbagai jenayah siber. Sebanyak 10,406 kes dilaporkan kepada Pusat
Bantuan Cyber999 dari Januari Hingga Ogos 2011, manakala 5.15 juta kes yang dikesan melalui Sistem Amaran Awal Siber (CEWS) yang
terdiri daripada kes penipuan, pencerobohan dan sebarang program yang berniat jahat. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh CyberSecurity
Malaysia, sebanyak 3757 kes jenayah siber yang melibatkan penipuan internet diterima dan ianya semakin meningkat daripada jumlah
berkenaan. Disebabkan ancaman terhadap siber yang semakin meruncing, pada tahun 1996 kerajaan Malaysia telah memperkenalkan tiga
undang-undang baru yang dikenali sebagai undang-undang siber, iaitu Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, dan
Akta Teleperubatan 1997. Dengan adanya akta-akta ini mampu untuk membendung aktiviti berkaitan dengan jenayah media terutamanya di
Malaysia (Mohd Dahlan & Ida Shafinaz, 2010).
Sejak akhir-akhir ini, perhatian banyak diberikan terhadap kejadian ‘buli siber’. Ianya terjadi apabila remaja menggunakan internet
ataupun telefon pintar untuk menghantar atau post gambar-gambar individu tertentu dengan niat untuk menyakitkan atau memalukan individu
terbabit. Remaja terutamanya pelajar mudah terdedah kepada buli siber kerana kurang pengalaman terhadap penggunaan internet atau kurang
pemahaman tentang bahaya penggunaannya (Bridging Refugee Youth & Children Service, 2009). Menurut Grube (2012) kegiatan buli yang
dilakukan dalam media sosial lebih senang dilakukan kerana tidak perlu memaparkan nama pembuli, tidak perlu berhadapan secara
bersemuka dengan mangsa dan tidak perlu melihat tindak balas fizikal mangsa (Donegan, 2012) mereka hanya bersembunyi disebalik skrin
komputer sahaja. Satu tinjauan yang dijalankan oleh The Pew Internet dan American Life Project mendapati 39 peratus daripada pengguna
media sosial telah mengalami beberapa bentuk buli siber, berbanding dengan 23 peratus daripada bukan pengguna media sosial (Grube,
2012).
.
Terdapat pelbagai jenis media sosial yang melengkapkan pengguna dengan keupayaan untuk berkongsi maklumat, antaranya Facebook,
WhatApps, Blog dan YouTube. Kesemua media ini membenarkan individu untuk berinteraksi dengan masyarakat global melalui paparan
dan berkongsi menggunakan kandungan video. Melalui media YouTube, sebagai contoh, orang ramai diberi peluang untuk memberi komen
dan mengambil bahagian dalam perbincangan dan perbualan melalui video yang dipaparkan (Thelwall, Sud & Vis, 2012). Ramai orang
menggunakan medium YouTube dan inovasi ini menjadi penggerak kepada perubahan di seluruh dunia. Hal ini kerana, YouTube mempunyai
lebih daripada 78 juta pengguna dan lebih 150,000 video dimuat naik setiap hari (Sawyer, 2011). Tambahan pula, penyertaan pengguna
YouTube juga tidak mengira jarak geografi (Thelwall, Sud & Vis, 2012) dan semua orang boleh menyertai perbualan dan memberi komen
di bahagian paparan. Komen yang diberikan oleh pembaca bukan semuanya berbentuk positif atau baik, tetapi juga yang memberi komen
dalam bentuk menghina, mengutuk, mencaci, dan sebagainya. Perbuatan ini boleh dianggap sebagai buli siber kerana menurut Feinberg &
Robey (2010) buli siber adalah terdiri daripada pergaduhan, ugutan, cacian, penyamaran dan penyisihan dalam media sosial yang terjadi
melalui cara menulis kemaskini status dan memberi respon terhadap status yang telah dikemaskini ke dalam media sosial. Kajian daripada
Cheng, Danescu-Niculescu-Mizil & Leskovec (2014) menjelaskan pengguna media sosial lebih suka menilai dan memberi komen yang
negatif kepada rakan media sosialnya berbanding dengan komen yang positif.
2.1 Gejala Buli Dalam Kalangan Remaja
Buli bukan fenomena biasa dan ianya merupakan masalah penting antarabangsa. Sebelum 1980an buli dianggap semata-mata sebagai
pengalaman zaman kanak-kanak. Pada dekad mutahir ini pandangan ini telah berubah dan kanak-kanak perlu belajar menangani pembuli.
Jenayah buli turut didokumentasikan dalam bentuk filem klasik dan moden bukan sahaja di Amerika Syarikat, tetapi juga di England, Ireland,
Kanada, Australia, New Zealand, Norway, Sweden, dan Jepun. Banyak penyelidikan awal telah dilakukan oleh Dr. Dan Olweus dari
Universiti Bergen, Norway, yang merupakan perintis dan penyumbang kepada kajian buli. Pada tahun 1985, Olweus menganggarkan bahawa
15% daripada pelajar di Sekolah-sekolah Norway yang terlibat dalam gejala buli (Carter & Spencer, 2006). Manakala hampir 30 peratus
daripada remaja di Amerika Syarikat (atau lebih 5.7 juta) dianggarkan terlibat sama ada sebagai pembuli, sasaran buli, atau kedua-duanya.
Daripada tinjauan yang dilakukan ke atas pelajar gred 6 – 10 di Amerika Syarikat, sebanyak 13 peratus dilaporkan membuli yang lain, 11
peratus menjadi sasaran buli dan 6 peratus membuli orang lain dan diri mereka dibuli (National Youth Violence Prevention Resource Center,
2002). Manakala Feinberg & Robey (2010) pula menjelaskan pada tahun 2006 pemimpin penguatkuasaan undang-undang Negara
menganggarkan lebih daripada 13 juta kanak-kanak dan remaja berusia 6 hingga 17 tahun menjadi mangsa buli dalam talian.
Laporan daripada Department for Children, Schools and Families (2009) menjelaskan bahawa buli merupakan tingkah laku yang
biasanya dilakukan berulang dari masa ke semasa, dengan sengaja menyakitkan individu lain melalui serangan fizikal atau emosi. Ianya
melibatkan ketidakseimbangan kuasa yang dilakukan berulang kali ke atas mangsa. Matlamat buli adalah untuk mendapatkan kuasa dan
menguasai individu lain (Hoover & Stenhjem, 2003; Crew, 2005) dan ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu buli secara langsung dan
buli secara tidak langsung. Buli secara langsung adalah seperti melakukan serangan secara terbuka kepada mangsa iaitu secara fizikal
(memukul, menendang, menolak, mencekik) atau secara lisan (memanggil/menggelar nama, mengugut, mengejek, mengusik dengan berniat
jahat). Manakala buli secara tidak langsung pula adalah lebih halus dan sukar dikesan. Ianya melibatkan satu atau lebih tindakan secara
hubungan, seperti melakukan pengasingan sosial, pengecualian dengan sengaja, menyebarkan khabar angin, merosakkan reputasi seseorang,
membuat wajah atau gerak isyarat lucah di belakang seseorang, memanipulasi persahabatan dan hubungan dengan orang lain (American
Institute for Research, 2009).
Buli merupakan salah satu daripada jenayah yang dilakukan dan disebarkan menggunakan media sosial. Alat komunikasi elektronik
digunakan untuk membuli orang lain dengan cara menghantar mesej teks dan imej dengan tujuan untuk merosakkan reputasi dan hubungan
sasaran. Bentuk buli ini sangat sukar untuk dikesan dan dijejaki, malah separuh daripada mereka tidak dapat diketahui pelakunya (American
Institute for Research, 2009). Pembuli siber menggunakan teknologi untuk melakukan buli tanpa perlu bersemuka dan ianya dilakukan pada
bila-bila masa tidak kira siang atau malam (Department of Education and Skills, 2013). Donegan (2012) menjelaskan bahawa remaja/ kanakkanak tertentu cuba mencari jalan keluar daripada kekecewaan mereka melalui cara membuli orang lain. Pada masa lalu, perbuatan atau
tindakan membuli dilakukan secara bersemuka. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini fenomena berkenaan berubah ekoran
perkembangan evolusi teknologi, dan menjadikan jenayah buli lebih sukar dan berbahaya. Penggunaan media sosial, telefon bimbit, bilik
sembang dan lain-lain bentuk teknologi telah memberi ruang kepada perkembangan jenayah buli.
Pembuli siber mengambil tempat dihadapan dan merupakan agenda penting bagi sekolah dan masyarakat kerana kesannya yang boleh
menyebabkan mangsa menderita. Menurut Hoover & Stenhjem (2003), kanak-kanak dan golongan muda lebih banyak menghabiskan
sebahagian besar masa mereka di sekolah. Kejadian buli ini terjadi dalam kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan, dua-duanya berisiko
untuk terlibat dalam buli, tetapi kebanyakan kajian menyatakan lelaki lebih berkemungkinan untuk membuli dan menjadi mangsa buli (Crew,
2005). Walaupun ramai pelajar menafikan tentang keseriusan ejekan nama panggilan dan boleh dikatakan tidak berbahaya, namun kajian
menunjukkan sebaliknya. Sebanyak, 8% daripada peserta yang dikaji mengakui bahawa kesan buli kepada mereka seperti cuba membunuh
diri, melarikan diri dan tidak mahu pergi ke sekolah. Lebih khusus lagi, kajian yang dijalankan ke atas lebih 3000 pelajar mendapati 38%
daripada mangsa buli berdendam, 37% marah dan 24% berasa tidak berdaya (Hinduja & Patchin, 2009). Menurut Omoteso (2010) pelajar
yang menjadi mangsa buli biasanya seorang yang pasif, mereka biasanya pendiam, berhati-hati, sensitif dan mudah menangis. Mereka
mempunyai keyakinan diri yang rendah dan imej diri yang yang kurang menarik. Kanak-kanak atau golongan dalam kumpulan ini tidak suka
melawan dan mempunyai fizikal yang lemah berbanding rakan sekelas mereka, terutamanya pembuli, dan mereka mempunyai kawan yang
sedikit atau tiada kawan. Berdasarkan Indicators of School Crime and Safety: 2004, mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan
dalam peratus lelaki dan perempuan yang dibuli iaitu 8 peratus lelaki berbanding 7 peratus daripada perempuan. Menurut Crew (2005) buli
oleh kanak-kanak lelaki lebih menggunakan pencerobohan fizikal, manakala buli oleh kanak-kanak perempuan adalah lebih halus dan dalam
bentuk ejekan dan pengecualian sosial. Kanak-kanak perempuan lebih cenderung untuk membuli kanak-kanak perempuan lain dan kanakkanak lelaki cenderung untuk membuli kedua-dua kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.
Buli boleh memberi kesan negatif sepanjang hayat kepada mangsa. Ianya menyebabkan berlaku kesukaran kepada golongan muda
untuk belajar dan kesan buruk berkenaan akan akan berpanjangan dalam kehidupan mereka. Remaja yang dibuli juga akan menghadapi
kesukaran seperti tekanan, kebimbangan, mengasingkan diri dari masyarakat, rendah diri, masalah hubungan sosial, menjadi cemas, tertekan,
bersifat agresif, kecederaan fizikal, psikologi, sosial, atau pendidikan dan kesan yang paling teruk sehingga ada yang membunuh diri
(Bridging Refugee Youth & Children Service, 2009; Schneider, Smith & O’Donnell, 2013). Menurut Lieberman & Cowan (2011), mangsa
pembuli siber adalah hampir dua kali lebih berkemungkinan untuk cuba membunuh diri dan keadaan ini terjadi kepada mangsa yang belum
pernah dibuli dalam talian. Sesetangah daripada mereka menggunakan bahan terlarang sebagai cara untuk menangani kesan emosi terhadap
kegiatan buli (Department for Children, Schools and Families, 2009). American Institute for Research (2009) dan Analitis et al. (2009)
(2009) berdasarkan kajian tentang kanak-kanak dan buli di negara Eropah telah mencadangkan pihak sekolah perlu memasukkan programprogram latihan, kesedaran, pemantauan dan penilaian buli di sekolah. Selain itu, komponen penting di bilik darjah adalah perlu memberi
tumpuan kepada pengukuhan khas pendidikan seperti kaedah membina kemahiran sosial dan emosi, seperti menyelesaikan masalah sosial
dan empati serta campur tangan dengan kumpulan sasaran atau pelaku buli. Selain itu, di sekolah pelajar dan guru perlu mempunyai
komunikasi secara terbuka bagi menangani buli. Pelajar perlu berbincang dengan guru jika bermasalah termasuk sekiranya mereka dibuli.
Manakala Hellwig (2011) mencadangkan peranan ibu bapa adalah penting dalam mengawal tingkah laku anak-anak, mengambil tahu tentang
rakan-rakan anak mereka dan gred pendidikan mereka.
3.0 METODOLOGI
Pada hari ini sumber penyelidikan menggunakan video semakin banyak digunakan sebagai bahan penyelidikan sosial (Jewitt, 2012). Selaras
dengan kenyataan Jewitt berkenaan, kajian ini dilakukan sepenuhnya ke atas media sosial yang memaparkan video daripada sumber media
sosial iaitu YouTube. Kaedah persampelan bertujuan dan convenience telah digunakan dalam kajian ini, di mana 4 paparan video perlakuan
buli yang dilakukan oleh remaja yang masih bersekolah telah dipilih secara purposive, dan keempat-empat video ini boleh diakses dengan
mudah semasa kajian dilakukan (convenience sampling). Persampelan bertujuan dan convenience digunakan kerana ianya membolehkan
penulis memilih kes paling tepat dan menepati keperluan kajian, dalam masa yang sama paling tersedia semasa tempoh kajian dijalankan
(Suriati, Jabil & Azilah, 2011; Farrokhi & Mahmoudi-Hamidabad, 2012). Sebanyak 4 paparan video terpilih daripada YouTube berkaitan
dengan gejala buli dianalisis dan dijadikan sebagai sampel kajian untuk mengkaji tindak balas pengguna (penonton) YouTube terhadap kes
buli yang dipaparkan. Setiap video yang dipilih sebagai kes kajian diberi nama sebagai Kes 1, Kes 2, Kes 3 dan Kes 4. Dua daripada video
yang dipaparkan adalah dari Utara Malaysia iaitu daripada Pulau Pinang dan Perlis, manakala dua lagi video tidak dapat dikenalpasti lokasi
sebenar kejadian. Video ini diakses dan mengambil masa selama satu bulan untuk dikaji. Maklumat yang diperolehi dikategorikan dan
dianalisis menggunakan kaedah interpretasi. Kaedah ini memberatkan usaha untuk mencari dan memberikan keterangan serta pemerhatian
bukan numerikal. Kaedah ini digunakan untuk memberikan keterangan tentang sifat dan keadaan manusia dengan menggunakan pandangan
orang ramai tentang apa-apa saja tindakan sosial (Azizah, 2010). Menurut Hine (2011) menggunakan internet untuk data kualitatif merupakan
penerokaan jawapan kepada fenomena budaya yang turut dikongsi pendekatannya, ianya luar jangka dan berkaitan dengan interaksi seharihari. Pemilihan video adalah dengan mengambil kes terbaru yang berlaku sekitar tahun 2013 dan 2014. Video ditonton bagi melihat fenomena
budaya buli yang berlaku dan transkripsi ke atas video berkenaan turut dilakukan. Setiap video diberikan keterangan berkaitan kejadian buli
yang berlaku. Respon penonton dipetik dan dianalisis bagi melihat maklum balas terhadap setiap buli kejadian tersebut. Setiap respon yang
diberikan oleh penonton video ditulis seperti yang dipaparkan di laman YouTube. Bagi menjaga kerahsiaan individu, etika penyelidikan
yang diamalkan ialah merahsiakan maklumat individu yang melakukan jenayah buli dan individu yang memberi komen dalam setiap video
berkenaan dengan tidak memaparkan nama dan gambar mereka.
3.0 METODOLOGI
Pada hari ini sumber penyelidikan menggunakan video semakin banyak digunakan sebagai bahan penyelidikan sosial (Jewitt, 2012). Selaras
dengan kenyataan Jewitt berkenaan, kajian ini dilakukan sepenuhnya ke atas media sosial yang memaparkan video daripada sumber media
sosial iaitu YouTube. Kaedah persampelan bertujuan dan convenience telah digunakan dalam kajian ini, di mana 4 paparan video perlakuan
buli yang dilakukan oleh remaja yang masih bersekolah telah dipilih secara purposive, dan keempat-empat video ini boleh diakses dengan
mudah semasa kajian dilakukan (convenience sampling). Persampelan bertujuan dan convenience digunakan kerana ianya membolehkan
penulis memilih kes paling tepat dan menepati keperluan kajian, dalam masa yang sama paling tersedia semasa tempoh kajian dijalankan
(Suriati, Jabil & Azilah, 2011; Farrokhi & Mahmoudi-Hamidabad, 2012). Sebanyak 4 paparan video terpilih daripada YouTube berkaitan
dengan gejala buli dianalisis dan dijadikan sebagai sampel kajian untuk mengkaji tindak balas pengguna (penonton) YouTube terhadap kes
buli yang dipaparkan. Setiap video yang dipilih sebagai kes kajian diberi nama sebagai Kes 1, Kes 2, Kes 3 dan Kes 4. Dua daripada video
yang dipaparkan adalah dari Utara Malaysia iaitu daripada Pulau Pinang dan Perlis, manakala dua lagi video tidak dapat dikenalpasti lokasi
sebenar kejadian. Video ini diakses dan mengambil masa selama satu bulan untuk dikaji. Maklumat yang diperolehi dikategorikan dan
dianalisis menggunakan kaedah interpretasi. Kaedah ini memberatkan usaha untuk mencari dan memberikan keterangan serta pemerhatian
bukan numerikal. Kaedah ini digunakan untuk memberikan keterangan tentang sifat dan keadaan manusia dengan menggunakan pandangan
orang ramai tentang apa-apa saja tindakan sosial (Azizah, 2010). Menurut Hine (2011) menggunakan internet untuk data kualitatif merupakan
penerokaan jawapan kepada fenomena budaya yang turut dikongsi pendekatannya, ianya luar jangka dan berkaitan dengan interaksi seharihari. Pemilihan video adalah dengan mengambil kes terbaru yang berlaku sekitar tahun 2013 dan 2014. Video ditonton bagi melihat fenomena
budaya buli yang berlaku dan transkripsi ke atas video berkenaan turut dilakukan. Setiap video diberikan keterangan berkaitan kejadian buli
yang berlaku. Respon penonton dipetik dan dianalisis bagi melihat maklum balas terhadap setiap buli kejadian tersebut. Setiap respon yang
diberikan oleh penonton video ditulis seperti yang dipaparkan di laman YouTube. Bagi menjaga kerahsiaan individu, etika penyelidikan
yang diamalkan ialah merahsiakan maklumat individu yang melakukan jenayah buli dan individu yang memberi komen dalam setiap video
berkenaan dengan tidak memaparkan nama dan gambar mereka. bukan secara fizikal tetapi lebih kepada perbuatan untuk mengaibkan mangsa. Perbuatan yang dilakukan pembuli-pembuli berkenaan sangat biadap
dan menjatuhkan maruah mangsa sebagai seorang perempuan. Pembuli telah memegang kedua kaki dan tangan mangsa serta cuba memasukkan
kain ke dalam mulut mangsa. Mereka mencarut perkataan ‘bodoh, kerana mangsa cuba untuk meronta dan tidak mahu membuka mulut. Salah
seorang pembuli menyumbat kain ke dalam mulut mangsa dan kemudian cuba menarik baju mangsa ke atas. Perbuatan tersebut disokong oleh
kumpulan pembuli terbabit dan mereka beramai-ramai memegang kaki dan tangan mangsa dan cuba membuka bajunya. Baju mangsa terangkat
sehingga menampakkan coli dan mereka cuba melondehkannya sehingga menampakkan payudara mangsa. Mangsa kemudian menarik kembali
bajunya dan mendakap kedua belah lutut ke dada supaya bajunya tidak ditarik lagi. Pembuli memaksa mangsa untuk menunjukkan coli yang
dipakai kepada mereka dan sekali lagi menarik mangsa sehingga menampakkan coli mangsa. Mereka semua bersorak dan salah seorang daripada
mereka bergurau dengan menyatakan warna coli mereka sama. Selepas itu, pembuli memaksa mangsa untuk mencium tapak kaki dengan
meletakkan kaki ke muka mangsa. Pembuli yang lain pula meletakkan kasut yang dipakai ke muka mangsa. Tidak puas dengan tindakan tersebut,
mereka juga memasukkan stokin ke dalam mulut mangsa. Mangsa menjerit apabila stokin dimasukkan ke dalam mulutnya, dan mulut mangsa
ditutup dengan tangan pembuli. Lagi biadap apabila pembuli bertindak menyapu muka mangsa dengan menggunakan kain buruk. Bagi
menambahkan lagi kesengsaraan mangsa, pembuli bertindak menyapu semua tapak kasut mereka dengan kain buruk dan kemudian mengelap
muka mangsa. Pembuli juga menggunakan stokin mangsa dan mengelap mukanya. Rambut mangsa turut digunting oleh kumpulan pembuli tersebut
sambil mulutnya disumbat dengan stokin. Pembuli juga menyuruh mangsa mengenakan tudung apabila berada di rumah dan mengugut mangsa
supaya jangan melaporkan perkara berkenaan. Pembuli menunjukkan gunting ke dalam mulut mangsa jika mangsa melaporkannya. Kumpulan
pembuli terbabit menyatakan video berkenaan akan dikongsikan ke dalam YouTube dengan tujuan untuk memalukan mangsa. Seorang pembuli
meminta kepada kawannya yang merekod video berkenaan supaya bluetooth kepada kawan-kawan pembuli yang lain. Mangsa pula, hanya berdiam
diri dan tidak bertindak di atas setiap perilaku pembuli terhadapnya.
No comments:
Post a Comment