Sunday, July 9, 2017

Kata Kerja Transitif & Tak Transitif

KATA KERJA TRANSITIF
  • Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.
Contoh ayat:
  1. Ibu terlanggar meja itu.
  2. Ahmad terpijak paku.
  3. Siti tertelan tulang ikan.
  4. Aiman terambil pensil ali.
  5. Azli terminum racun serangga.

KATA KERJA TAK TRANSITIF
  • Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek.
Contoh ayat:
  1. Hisham termenung memikarkan nasib diri.
  2. Para penonton terhibur dengan persembahan itu.
  3. Amir terjatuh ke dalam longkang.
  4. Kamal tergelincir kerana terpijak kulit pisang.
  5. Izzah tertidur di atas sofa.

No comments:

Post a Comment